Tindakan mendesak keputusan PAS Selangor agar menyokong usaha untuk menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor ternyata diterima negatif oleh penyokong PAS.
Bahkan mereka kini mula merasa meluat dengan tindakan yang diluahkan oleh kepimpinan PKR yang dilihat sengaja nak 'tunjuk kuasa' dan boleh beri arahan kepada PAS sesuka hati.
Seperti mana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan utama dalam PAS Selangor, mereka tetap menolak sebarang usaha untuk menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB.
Pendirian tersebut telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS dan juga Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri sebelum ini. Mereka masih memegang kepada ketetapan yang telah dibuat.
Pada dasarnya, PAS sejak awal - awal lagi menolak tindakan PKR dalam melaksanakan agenda 'Langkah Kajang' seperti yang dirancang sebelum ini.
Mereka menyifatkan tindakan PKR dalam agenda tersebut sebagai satu pengkhianatan serta penghinaan terhadap mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
Malah, mereka melihat usaha PKR dalam melaksanakan agenda tersebut sebagai satu tanda ketidak-percayaan PKR terhadap pemimpinnya sendiri.
Maka, untuk apa pulak PAS perlu menyokong usaha PKR tu? Kenapa pulak mereka perlu dipaksa menyokong tindakan yang jelas membelakangkan kepentingan rakyat?
Bak kata seorang penyokong PAS mengenai isu yang dibangkitkan, "PKR ni jenis parti yang tak tau malu. Diorang beramuk sesama sendiri, nak libatkan orang lain kenapa pulak?
"Sepatutnya PKR berusaha untuk selesaikan masalah dalaman mereka sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Bukannya mengheret PAS untuk bersama - sama mereka.
"Isu mengenai konflik dalaman PKR pun masih belum dapat diselesaikan. Malah pemilihan parti sendiri pun kucar kacir dan timbul kekecohan yang tak tentu arah.
"Pun diorang masih ada hati nak desak PAS bersekongkol dengan diorang hanya semata - mata untuk menjatuhkan orang lain apa kejadahnya? Tak mendatangkan faedah pun."
Jelas, PKR memang bukan sebuah parti yang kompeten untuk memerintah. Pemimpin diorang ternyata GAGAL untuk menyelesaikan masalah sesama mereka sendiri.
Jadi, tak payah la diorang nak sesak - sesak paksa orang lain turut serta menyokong agenda diorang yang sekadar menghabiskan masa tu. Bak kata pepatah, Sendiri punya Taik Sendiri cuci la!!! Jangan nak menyusahkan orang lain!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.