Halaman

Isnin, Jun 23, 2014

PKR PATUT GANTUNG PEMIMPIN, BUKAN CABANG!!!


Heh! Itu yang sepatutnya dilakukan oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni sebenarnya. Diorang patut gantung pemimpin yang tak mampu nak menjalankan tugas.

Kalau ikut kata seorang blogger PAS ni, dia sekadar suruh gantung je mana - mana Cabang yang tak mampu nak mengadakan Pemilihan dengan baik.

Macam - macam cerita pulak yang timbul kata dia. Ada yang bergaduh pecah kepala, cubaan nak membakar tong undi, wujud kertas undi palsu dan sebagainya.

Tu belum cerita bab penyelewengan, penyalah-gunaan kuasa serta amalan rasuah Politik yang melibatkan pemimpin - pemimpin tertentu. Tunggang langgang dibuatnya.

Bak kata blogger PAS tu lagi, kalau pertama kali perkara tu berlaku dan dilaporkan dalam laman media, alasan kata ianya berpunca dari orang luar boleh kita terima lagi.

Tapi, kalau dah sampai tahap masuk pemilihan kali kedua dan ketiga pun perkara yang sama jugak yang berlaku, pengaruh orang luar menda kejadahnya!!! Itu semua salah sendiri!!!

Itu membuktikan bahawa Pemimpin PKR ni memang TAK KOMPETEN dalam menjalankan urus-tadbir partinya sendiri. Belum apa - apa dah kecoh tak tentu arah.

Mana tidaknya, sampai hari ini, pemilihan parti yang dah berlansung hampir dua bulan masih lagi tak mampu nak diselesaikan. Tak sudah - sudah lagi pemilihan diorang ni.

Punya lama diorang buat pemilihan hinggakan orang yang dok menyokong diorang pun dah mula muak menengoknya. Termasuk la dengan orang dari kalangan parti lain.

Nak pulak dari kalangan PAS. Diorang pun jadi sesak menengok Perangai Hodoh yang ditonjolkan oleh Pemimpin PKR ni. Kecoh tak tentu arah dibuatnya.

Nampak sangat la yang pemimpin PKR ni memang tak mampu nak menguruskan organisasi sendiri. Buat pemilihan pun kucar kacir. Tak pelik la kalau menguruskan Negeri pun huru hara. Kalau diorang dapat mentadbir Negara, alamat jahanam la jawabnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.