Halaman

Sabtu, Jun 28, 2014

SI JOE BEDUL TERPAKSA TELAN KAHAK SENDIRI!!!


Memalukan!!! Seperti apa yang diperkatakan sebelum ini, adalah sesuatu yang MUTAHIL untuk puak - puak PKR ni lakukan bila bercerita bab pemilihan parti mereka.

Buat la ketetapan macam mana sekali pun, ianya takkan dapat diselesaikan dengan mudah. Masih banyak lagi isu dan persoalan yang tidak dapat dijelaskan. (KLIK SINI)

Pemilihan PKR yang sebelum ini dipalit dengan isu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah dan sebagainya masih tidak dapat diselesaikan. (KLIK SINI)

Itu pun tak termasuk lagi isu yang hangat diperkatakan semalam apabila ada ahli diperingkat Cabang memfailkan saman terhadap JPP. (KLIK SINI)

Biarpun Jawatankuasa Pemilihan Pusat yakin dapat selesai pemilihan tersebut dan buat pengumuman sebelum Ramadhan, tapi ianya jauh dari kenyataan.

Maka akhirnya, terpaksa la Si Joe Bedul tu telan kahak dia sendiri. Terpaksa la dia akui kelemahan dari sudut urus tadbir parti tersebut dengan cara yang sangat memalukan.

Hari ini dah masuk 28 Jun, tarikh yang dijanjikan oleh Si Joe Bedul tu untuk menamatkan persengketaan dalam merebut jawatan diperingkat parti tersebut.

Namun malangnya, dia terpaksa juga akui bahawa isu yang dibangkitkan dibeberapa Cabang sebelum ini masih tidak dapat diselesaikan secara keseluruhan.

Kata dia, ada beberapa lagi Cabang parti tersebut terpaksa diadakan semula pemilihannya selepas Hari Raya nanti bagi menyelesaikan konflik yang dibangkitkan.
“Atas permintaan, kita setuju adakan pemilihan semula tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya,” katanya.
Malah pemilihan bagi parti tersebut terpaksa dilanjutkan bagi tempoh yang tidak dapat dijangka oleh dia sendiri sebagai Pengerusi JPP.

Itulah bahananya bila terlampau yakin dengan diri sendiri sehingga tahap bongkak tak tentu arah. Penyudahnya memalukan diri sendiri je. Si Joe Bedul tu lupa, sebaik - baik perancangan yang manusia buat, yang menentukan Allah S.W.T juga!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.