Memang tabik la SH tengok Pakcik ni. Sempoi gila beb. Kepala dah berlumuran dengan darah pun dia masih boleh lepak minum kopi lepas kena balun dengan kerusi.
Mungkin Pakcik ni ada belajar ilmu kebal kot sampai tahap dia boleh buat sempoi macam tu. Kalau orang lain, ada yang dah kena dihantar ke Hospital masuk wad kecemasan.
Budak - budak UMNO ke yang buat kerja ni??? |
Tapi yang paling buat SH teruja ialah semangat Pakcik tu menyokong parti kesayangan dia. Dah pecah kepala dipukul dek budak -budak PKR pun dia masih nak sokong parti tu lagi?
Hebat beb!!! Gambat Pakcik tu katanya dirakam sewaktu pemilihan semula PKR Cabang Kuala Langat diadakan semalam. Semuanya akibat ada pihak yang tak puas hati.
Hasil didikan Parti Kecohkan Rakyat!!! |
Inilah REFORMASI yang nak dibawa oleh PKR dalam Politik di Malaysia sebenarnya. Selama ini diorang dok tuduh orang lain mengamalkan Politik Gengsterisme.
Bila dah berlaku depan mata dan bawah batang hidung sendiri, apa lagi yang diorang nak kata? Pun masih diorang nak tuduh orang lain bertindak macam Gengster? Tapi, apa nak heran ye tak. Dasar manusia tak sedar diri memang susah nak diubah!!!
Lepas kena pukul, Pakcik tu boleh kata "Aku tau sapa punya kerja!!!"
Jangan dia tuduh UMNO sudah la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.