Halaman

Ahad, Julai 06, 2014

(GAMBAR) NORA DANISH BIKIN PANAS LAGI DI DAPUR!!!


LAMAN sosial, Instagram (IG) aktres cantik ini melebihi sejuta pengikut, malah dia juga tersenarai antara artis paling berpengaruh di laman berkenaan.

Maka tidak ketinggalan, sepanjang  Ramadan ini, Nora Danish tampil berkongsi beberapa aktivitinya bersama peminat di laman itu.

Bukan sahaja mengenai kerja seninya, malah aktiviti harian seperti ibadah terawih dan penyediaan juadah berbuka puasa juga turut dikongsi bersama peminat.

Dalam keghairahan memuat naik foto-fotonya, satu foto bersama kekasihnya, Nadeem, yang berada di dapur ketika memasak bersama mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pengikutnya.


Menerusi foto itu, ramai yang menganggap bahawa mereka seakan tinggal bersama dan tidak menghormati bulan yang mulia ini.

Walaupun ada dalam kalangan pengikut 'haters' ini menghentam tindakan pasangan itu, namun ada juga yang tampil mendoakan hubungan mereka.

Pun begitu, pelakon filem, Pengantin Malam, ini tidak mudah melatah dan hanya membiarkan segala komen-komen pengikutnya itu tanpa mencelah.

Malah, sebelum ini, Nora pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil pusing mengenai perkara yang remeh sebegini.

Akui Nora, sebagai selebriti, dia sudah lali dengan kontroversi dan segala tohmahan orang terhadap dirinya. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. Wahai Cik Nora, tak manislah awak dedahkan pakaian yg mendedah kan aurat, keseluruhan penduduk dunia melihatnya berdosa tau.Sudah mengerjakan umrahkan? semoga kamu diberi taufik dan hidayah dan cepat bernikah dgn pilihan kamu supaya terhindar amalan yg dilarang ok. Selamat berpuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.