Ahad, Julai 06, 2014


Semalam, blog Angin Perubahan membangkitkan isu berkaitan dengan pemahaman terhadap "Khalwat" yang dipertikaikan oleh Si Tipah Koyak dalam portal TMI.

Meh sini SH jelaskan buat Si Tipah Koyak tu pasal "Khalwat". Jangan dia main cakap ikut sedap hati je dengan meng-HALAL-kan perbuatan tersebut dikalangan umat Islam.

Pertama sekali, Si Tipah Koyak tu PERLU FAHAM apa yang dimaksudkan dari ayat 32, surah Al - Isra' yang terkandung dalam Al-Qur'an:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." - (al-Isra’: 32)
Ditekankan dalam Islam, JANGAN MENGHAMPIRI ZINA. Bermakna, umat Islam dilarang sama sekali menghampiri sebarang perbuatan yang boleh membawa kepada ZINA.

Dalam erti kata lainnya, Umat Islam perlu menutup segala perbuatan HARAM yang membawa kepada perbuatan SABIL yang mampu merosakkan ummah.

Hukuman Jenayah Khalwat
Perkataan Khalwat itu sendiri membawa maksud, 'bersendirian ditempat tersembunyi yang jauh dari pandangan orang lain atau masyarakat umum'.

Manakala pemahaman Syarie berkaitan dengan Khalwat dijelaskan sebagai 'wasilah kepada perbuatan ZINA  melibatkan lelaki dan Perempuan bukan mahram ditempat yang tersembunyi'.

Manakala maksud Khalwat seperti mana yang tercatat dalam Hukum Syarak dianggap sebagai 'Muqaddimah kepada Zina' yang tidak melibatkan hubungan sah disisi Islam.

Ertinya, umat Islam dilarang berdua - duaan diantara lelaki dan perempuan ditempat yang tersembunyi atau tertutup kerana dikhuatiri menimbulkan syak dikalangan masyarakat.

Perkara tersebut dijelaskan dalam Enakmen 11, Bahagian IX Undang - Undang Pentadbiran Islam 1965 berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan. *(Rujuk gambar diatas).

Untuk itu, Rasulullah S.A.W mengingatkan umat Islam, terutama dikalangan lelaki dan perempuan agar menjauhkan diri dan sebarang perbuatan yang menghampiri ZINA.
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)
Bayangkan! Bukan sahaja perbuatan ZINA itu di-HARAM-kan dalam Islam, malah nak menghampiri atau perbuatan yang boleh menyebabkan ZINA pun turut di-HARAM-kan.

Ianya termasuk dengan perbuatan Khalwat (Bersendirian) yang melibatkan lelaki dan perempuan ditempat yang sunyi, tersembunyi atau tertutup dari orang luar.

REALITInya, pengharaman terhadap perbuatan Khalwat itu dijelaskan dengan TEGAS dalam Islam demi menjaga maruah dan nama baik golongan wanita.

Ianya bagi menghindarkan mereka dari sebarang FITNAH yang boleh menjejaskan nama baik serta maruah wanita yang terlibat dikalangan masyarakat umum.

Maka, usaha Si Tipah Koyak ni sebenarnya bertentangan dengan Hukum Islam dan membuka ruang FITNAH terhadap golongan wanita apabila mempertikaikan perkara tersebut. Kalau dia nak berZINA, itu dia punya pasal. Jangan libatkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Pembangkang yg apa saja nak bangkang sehingga hukum Allah pun nak bangkang. Betina Pakistan ni nak tunjuk pandai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye memang betul,cakap aje banyak membantu utk kebaikkan tidak pula.

      Padam
  2. koya da kene tangkap khalwat dgn benggalii roti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping