Halaman

Jumaat, Julai 04, 2014

KEMALUAN SI JOE BEDUL TERUS DIDEDAHKAN!!!


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Azman Abidin mendakwa, surat bantahan terhadap keputusan pemilihan semula Cabang PKR Kuala Selangor sudah dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), minggu lepas.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul yang mendakwa belum menerima sebarang aduan daripada pihak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kalah di pemilihan cabang itu.

"Kita dah hantar pada minggu lepas, pada hari Jumaat. Saya ada salinannya, saya hantar ke JPP. Takkan Datuk Johari tidak tahu?," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Azman sebelum ini berkata pihaknya sedang mengumpul bukti dan maklumat berhubung elemen sabotaj semasa proses pengiraan undi dijalankan bagi membolehkan pemilihan semula Cabang itu diadakan semula.

Azman mendakwa, semasa proses pengiraan undi, jumlah undi Khalid pada awalnya mendahului saingan, tetapi tiba-tiba undi rosak bertukar menjadi undi untuk pencabarnya, S. Manikavasagam selepas berlaku 'blackout' di ibu pejabat PKR Petaling Jaya. 

Dalam keputusan itu, Khalid memperoleh 515 undi, berbanding Manikavasagam atau lebih dikenali dengan nama Mike berjaya mendapat 701 undi.

Mengulas lanjut, Johari menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa insiden 'blackout' yang berlaku semasa pengiraan berlangsung berpunca daripada kerosakan litar pintas di seluruh blok Tropicana dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR iaitu tempat pengiraan undi dijalankan.

Justeru, Johari menegaskan tidak akan ada pemilihan semula bagi cabang itu berikutan semua proses pemilihan dan pengiraan undi dilakukan mengikut peraturan.

Dakwaan Azman tersebut turut disanggah oleh Manikavasagam dengan berkata pembantu Khalid itu tiada di tempat kejadian sewaktu proses kiraan undi berlangsung.

Azman sekali lagi mempertahankan tindakannya membantah kemenangan Manikavasagam, selain menggesa siasatan dari JPP harus menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek semasa proses pemilihan dan pengiraan dijalankan.

"Bantahan tidak semestinya pada hari itu. Dah jam 2, 3 pagi ketika itu nak buat bantahan bagaimana? 

"Kita mahu siasatan dijalankan secara profesional. Saya tidak mahu komen lebih dan tuduh orang. Cuma, biar ia dijalankan dengan telus dan rapi, apa sebenarnya yang berlaku. Jika ada kelemahan, kita mahu ada pemilihan semula," katanya. 

2 ulasan:

  1. ada blackout tu....

    BalasPadam
  2. Kalau Ketua Umum kuat menipu apatah lagi balaci2 dia. Siapa sebenarnya dalang yg mencatur dibelakang pemilihan ini? Ahli2 PKR tidak pernah sedar dan tahu rencana ANWAR. Pakar wayang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.