Halaman

Khamis, Julai 03, 2014

KHALID PUNYA BONTOT, 6 ORANG DIPECAT!!!


Nampak gayanya, konflik dalaman dan kemelut kepimpinan Parti Kecohkan Rakyat ni semakin hari semakin bertambah kronik. Ianya sudah tidak dapat diperbaiki lagi.

Apa yang pasti kemaluan dan integriti parti tersebut jelas dipaparkan kepada rakyat yang memperlihatkan betapa RETORIKnya mereka dalam perjuangan.

Jika sebelum ini, PKR sering kali mendabik dada menganggap mereka sebuah parti yang sempurna dan memperjuangkan kesempurnaan. Ternyata, ianya hanya khayalan belaka.

Dek kerana wujud beberapa pemimpin yang RAKUS dan BERNAFSU nak berebut jawatan membuatkan parti tersebut terus terbogel dimata rakyat.

Nak pulak bila ianya mengaitkan krisis kepimpinan PKR di Selangor yang melibatkan Si Khalid Ibrahim tu dengan Si Azmin Ali. Kedua - duanya GILA KUASA belaka.

Hanya kerana nak sangat Si Khalid Ibrahim tu digugurkan sebagai MB Selangor, macam - macam cara dilakukan sehingga menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong Khalid.

Disebabkan itu, kedua - dua puak yang bertelagah saling menunding jari dan menyalahkan diantara satu dengan yang lain. Sampai tahap ada yang kena balun dengan kerusi.

Dan kerana perbalahan itu juga menyaksikan beberapa orang kuat kedua - dua belah pihak dikenakan tindakan tegas oleh pucuk pimpinan parti hanya kerana bersuara didalam media.
SHAH ALAM – Hasil mesyuarat Lembaga Disiplin PKR semalam menyaksikan sekali lagi pemecatan dan penggantungan ahlinya yang dilaporkan terlibat dalam masalah disiplin dan tatatertib.

Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya telah meneliti dan mengadakan siasatan terhadap kes disiplin yang membabitkan ahli PKR.

Katanya, pihaknya telah membuat keputusan untuk menggantung seorang ahli dan memecat lima ahli yang lain.
Heh!!! Disitu lah terletaknya sifat RETORIK puak - puak PKR ni. Selama ini diorang yang sibuk menuntut Kebebasan Media yang KONONnya didakwa dikekang oleh pihak Kerajaan.

Tapi hakikatnya, dalam parti tu sendiri pun tidak mengamalkan dasar Kebebasan Media apabila menyekat ahli - ahlinya bersuara secara terbuka.

Mereka yang menuntut Kebenaran dan mendesak agar Keadilan ditegakkan jugak yang dikenakan tindakan. Manakala yang menafikan perkara tersebut dilepaskan begitu sahaja.

Jika itu bukan satu tindakan RETORIK, apa lagi yang boleh kita katakan? Apa yang jelas, puak - puak PKR ni memang terdiri dari golongan manusia yang MUNAFIK. Setakat pandai menuduh orang je yang diorang tau. Tapi diri sendiri pun tak berapa betul!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.