Halaman

Selasa, Julai 01, 2014

PAS URUSKAN PARTI PUN MACAM TAIK!!!


Tak perlu PAS nak mendabik dada kata parti diorang lebih baik dari parti - parti yang ada dalam Malaysia ni sedangkan hakikatnya dalam PAS ni pun porak peranda.

Seorang ekas ahli PAS Kawasan Jerai yang dipecat pada tahun 2013 hari ini tampil mendakwa hampir 50 peratus mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di situ tidak sah.

Abdullah Hashim, 49, berkata, perkara itu berlaku apabila mesyuarat agung berkenaan kebanyakannya tidak melibatkan ahli, sebaliknya hanya dihadiri penyokong parti.

Beliau berkata, tindakan itu adalah menyalahi perlembagaan parti dan tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat seluruh mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di negeri ini.

“Saya menasihatkan kepada semua pimpinan Pas Kawasan Jerai supaya buat kerja ikut perlembagaan parti dan peraturan ditetapkan. Jangan sampai kegiatan pembohongan mereka itu terbongkar,” katanya.

Menurutnya, Pas perlu menangani perkara itu lebih awal supaya peristiwa pengharaman Umno pada tahun 1988 tidak berlaku kepada Pas.

“Berdasarkan perlembagaan parti, setiap cawangan yang nak bermesyuarat mestilah melibatkan ahli-ahlinya. Kehadiran itu juga mestilah bergantung kepada kuota ahli cawangan masing-masing.

“Tetapi saya dimaklumkan, ada perancangan tertentu yang nak melaksanakan mesyuarat itu tanpa kehadiran ahli dan juga hanya dibuat atas kertas,” katanya.

Sementara itu, pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Jerai, Azizan Talib menafikan dakwaan tersebut yang didakwa tidak pernah berlaku kepada mana-mana cawangan di situ.

“Kebiasaannya, setiap mesyuarat agung tahunan hanya akan dihadiri oleh ahli yang aktif dan penyokong parti. Ini sudah menjadi kebiasaan. Malah, kehadiran satu pertiga ahli pada mesyuarat tersebut sudah memadai,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.