Rejim Pakatan Selangor diingatkan supaya tidak menjadi ejen penggalak budaya perjudian dengan membina pusat lumba kuda di Kuala Kubu Bharu yang boleh merosakkan rakyat.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, Rejim Pakatan Selangor tidak perlu meneruskan pembinaan tersebut kerana ianya hanya memudaratkan masyarakat.
"Seharusnya kita buat kerja ke arah kemurniaan peribadi dan budaya. Kalau dia buat seperti ini tidak akan membawa kepada akhlak yang baik jadi kita tak boleh menerimanya.
"PPIM melihat perkara ini sebagai pencabulan kepada usaha memurnikan akhlak penduduk Malaysia yang cukup tercemar sekarang ini," katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Nadzim menegaskan kerajaan negeri harus memainkan peranan dalam hal ini dan tidak sewenang-wenangnya memberi kelulusan bersandarkan kajian itu sahaja.
"Kerajaan negeri tak bolehlah bila orang minta, mereka bagi (sewenang-wenangnya). Mereka mesti ada kawalan, dasar yang betul tentang perkara ini. Cukuplah dengan masalah yang dah ada sekarang.
"Kita tidak boleh berpandukan kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre ini kerana sebelum ini pusat terbabit ada menimbulkan soal keraguan dalam kajian yang mereka buat.
"Pada kita apa jua kajian yang dibuat itu masih tidak memberikan justifikasi kepada pengwujudan tempat lumba kuda itu. Saya tak nampak apa keperluannya pun, kerana benda-benda ini tidak menggalakkan kebaikan. Jadi pada kita sepatutnya benda ini dah ditutup," katanya.
Soalnya sekarang, apa yang dilakukan oleh PKR Selangor mengenai perkara ini? Kenapa tak de pulak wakil dari kalangan mereka yang tampil membidas cadangan tersebut?
Kalau sebelum ini, bila Si Vincent Tan tu nak bukak kasino,, bukan main lagi diorang menyalak tak tentu arah dan menuduh kononnya Kerajaan ni rakus nak kutip keuntungan.
Sekarang, kenapa pulak diorang senyap? Kenapa diorang tak hentam kepimpinan Rejim Pakatan Selangor tu yang dilihat hanya membuta tulikan isu ni?
Kalau setakat pandai buat tuduhan dan meroyan tak tentu arah, baik tak payah. Sepatutnya PKR perlu arahkan budak - budak SAMM tu berguling depan Pejabat SUK membantah pembinaan pusat lumba kuda tu. Jangan buat - buat tak tau pulak!!! - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.