Kemelut politik yang melanda Selangor dilihat seakan telah berakhir, namun perselisihan dalam PR boleh berlaku pada masa akan datang.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas, Nasruddin Hassan melalui tulisan dalam akaun laman Facebooknya, hari ini membayangkan seolah-olah kemelut politik di Selangor masih belum berakhir.
“Iklim politik tanah air masih berjerebu. ‘Indeks bacaan IPU’ politik tanah air masih belum benar-benar pulih khasnya Selangor. Sekarang dah berjangkit ke Sarawak pula.
“Ada penganalisis menyebut bahawa IPU politik Selangor sudah pulih. Kalau benar begitu Alhamdulillah. Tapi pengamatan saya , melihat kepada bawaan angin politik semasa luar dan dalam, saya anggar bahawa ini adala fenomena seketika. ‘Jerebu’ ini akan kembali melanda,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pergolakan politik antara Pas dan perikatan PR yang lain iaitu PKR dan DAP yang masing-masingnya jelas berselisih faham dalam soal pengguguran dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
Jelasnya lagi, kemelut politik yang melanda sememangnya telah pulih secara kasarnya, namun ia masih belum reda sepenuhnya berikutan dengan bibit percanggahan antara pimpinan parti dalam PR yang masih kelihatan.
Menurut pendapatnya, ahli politik perlu mendekatkan diri kepada ALLAH dan berdoa supaya kemelut yang berpanjangan sejak sekian lama ini berakhir sepenuhnya.
PS: Dalam erti kata lainnya, semua pemimpin - pemimpin dalam Pakatan Haramjadah tu harus bertaubat. Nak pulak Si Ketua Penipu tu dan konco - konco dia sebab dah terlalu banyak sangat buat dosa!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.