Halaman

Selasa, September 30, 2014

"MAAF, SAYA BUKAN MB NAK SELESAI MASALAH NI"!!!

Hari ini Kajang sekali lagi mengulangi kembali BANJIR KILAT besar sepanjang pentadbiran Pakatan Haramjadah tu di Selangor walaupun punca masalahnya telah dikenalpasti.

Tetapi malangnya Rejim Pakatan yang hanya pandai bercakap tu tak pandai pulak nak selesaikan kemelut yang melanda rakyat untuk menambahbaikkan prasarana tersebut.

Pada ketika mereka menjadi pembangkang di Selangor, cakap mereka seperti mereka mampu menjanjikan untuk mengubah Selangor menjadi seperti sebuah Negeri Shangri-La.

Namun setelah 6 tahun memerintah Selangor, kebanyakan prasarana yang disediakan lebih awal oleh Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu, semakin teruk dan memburukkan lagi keadaan. 

Semuanya bukan kerana ianya terlalu mundur tetapi kerana tidak diselenggara, tidak dinaiktarafkan dan tidak dijaga oleh mereka yang pernah berjanji suatu ketika dahulu.

Dari masalah sampah, tikus, harga sewa mahupun harga rumah yang terlalu tinggi, Selangor merupakan lubuk banjir yang tidak berkesudahan akibat kerakusan kroni Pakatan.

Semua hasil kerja tangan penender - penender yang hanya memberi keutungan peribadi kepada puak - puak Pakatan Haramjadah tu dan hanya menyusahkan rakyat.

Bagaimanapun, banjir yang melanda buat kesekian kalinya di Kajang ni merupakan 'ubat' kepada penduduk Kajang yang percaya, Pakatan terutama Si Wan Azizah tu mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Apatah lagi, Pakatan juga sentiasa mendabik dada, mereka buat segala - galanya tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, sekalipun Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Selangor menerima peruntukan besar yang tidak digunakan, tetapi ditukarkan menjadi pendapatan negeri.

Yang menjadi tarikannya sekarang ialah, KE MANA PERGINYA ADUN KAJANG yang kerap tersasul dan tidak tahu kawasan yang diwakilinya - Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR merangkap isteri KETUM?

Apakah Wan Azizah tersesat dan tidak dapat membezakan antara Kajang, Bangi, Bandar Baru Bangi dan Semenyeh sehingga dia gagal mengetahui bahawa Kajang sedang dilanda banjir hari ini?

Takkan pulak perkara yang sudah lama di ketahui umum ini tidak pulak dimaklumkan kepada Si ADUN Kajang tu sendiri? Takkan dia tak ambik tau mengenai masalah yang sedang melanda rakyat kawasannya?

Itu membuktikan bahawa Si Wan Azizah tu memang tak layak lansung nak jadi wakil rakyat. Jadi jangan cakap la yang dia layak untuk jadi Menteri Besar sedangkan masalah rakyat kawasan dia sendiri pun dia tak mampu nak selesaikan!!! Duduk kat rumah jaga cucu lagi baik!!!

7 ulasan:

  1. Tompang Iklan
    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    BalasPadam
  2. sape suroh pilih pr

    BalasPadam
  3. Itulah hadiah termahal PKR dan Wan Azizah untuk penduduk Kajang.

    BalasPadam
  4. Bukan hadiah dari PKR tetapi dari Anwar.

    BalasPadam
  5. Jual tanah dgn Cina, habislah T.Melayu akan jadi macam S' pore, mereka pandai cari kesempatan dari Melayu bangang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.