Halaman

Ahad, Oktober 26, 2014

ANWAR AKUI, PENCALONAN WAN AZIZAH ADA "AGENDA"???

Sama ada ianya satu pengakuan secara terbuka atau pun ada maksud tersirat disebalik kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu tanpa disedari kita tidak pasti.

Namun dari satu sudut, kenyataan Si Ketua Penipu tu jelas merujuk kepada agenda Langkah Kajang yang telah direncanakan sehingga mengakibat berlakunya perpecahan didalam Pakatan di Selangor.

Biarpun agenda tersebut dilihat telah GAGAL disempurnakan, tetapi Si Ketua Penipu tu tetap juga menyatakan bahawa agenda tersebut perlu dilaksanakan. Kata Si Ketua Penipu tu:
Sebenarnya ini adalah agenda untuk kita laksanakan. Inilah pentingnya kita faham dengan risiko yang kita ambil. 
“Saya kenal dan saya tahu populariti itu akan jatuh sebab media gasak dengan mengatakan kita seolah-olah hendak rebut jawatan sahabat pula,” katanya ketika berucap semasa pertemuan bersama pimpinan PKR Perak di sini.
Persoalannya, "agenda" apakah yang dimaksudkan oleh Si Ketua Penipu tu? Dan, kenapa "Agenda" tersebut dianggap sebagai satu "Risiko" yang perlu diambil oleh mereka?

Kenapa pulak dia nak salahkan pihak media sedangkan dia sendiri pun takut nak mengakui perkara yang sebenar? Adakah kenyataan tersebut merujuk kepada agenda subversif yang yang telah didedahkan kepada umum?

Jika sebelum ini, kebanyakkan pihak menyatakan bahawa agenda sebenar Langkah Kajang itu adalah untuk mencabar kuasa Raja - Raja Melayu dalam soal perlantikan Menteri Besar.

Ramai yang berpendapat, tindakan puak - puak PKR tu mencalonkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim adalah untuk mengubah Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Andaikata perkara itu dapat dilaksanakan, maka ianya sudah tentu dapat menggugat kedudukan Perlembagaan Negara yang juga meletakkan kuasa mutlak Yang DiPertuan Agung ke atas perlantikan Perdana Menteri.

Jadi, itu yang perlu dijelaskan kepada rakyat. Kenapa Si Ketua Penipu tu takut untuk berterus terang mengenai "Agenda" yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dibuatnya? Jangan dia nak bagi alasan yang tak tentu arah pulak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.