Halaman

Sabtu, Oktober 25, 2014

ANWAR MENGAMUK, AZMIN ENGGAN TURUT ARAHAN!!!

Heh! Kan dah tak pasal - pasal je Si Ketua Penipu tu jadi Songeh bila Si Azmin tu enggan menurut segala perintah yang telah diberikan sebelum ini. Macam mana Si Ketua Penipu tu nak tenang?

Bukan ke sebelum ni Si Ketua Penipu tu pernah menjanjikan kepada rakyat bahawa dia akan mendedahkan individu - individu yang dapat keuntungan dalam perjanjian air di Selangor tu?

Bukan ke sebelum ni Si Ketua Penipu tu kata, pemecatan Si Khalid Ibrahim adalah disebabkan dia hanya memberi keuntungan kepada kroni - kroni tertentu sahaja?

Maka, atas sebab itulah Si Ketua Penipu tu keluarkan arahan kepada Si Azmin selaku Menteri Besar Selangor untuk membuat pendedahan tersebut dengan harapan ianya akan berjaya.

Tapi malangnya, Si Ketua Penipu tu jugak yang dipermainkan oleh Si Azmin tu. Dia bukan sahaja telah diaibkan secara terbuka, malah Si Ketua Penipu tu dah mula hilang kemaluan.

Sekarang, mula la Si Ketua Penipu tu jadi tak tentu arah dan hilang akal. Semuanya gara - gara kerana Si Azmin tu enggan menurut segala perintah yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Jadi, Si Ketua Penipu tu pun keluar la satu lagi kenyataan yang boleh dilihat sebagai satu amaran serta ugutan supaya Si Azmin tu tetap akur dengan arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"Saya pasti akan menasihatkan beliau (Azmin) untuk meneliti sekiranya perjanjian itu berat sebelah, maka tidak boleh meneruskan (untuk menerimanya) tanpa persoalan.
"Siapa yang mendapat untung? Saya tidak peduli sekiranya mereka berpangkat lebih tinggi tapi jika ia menyebabkan rakyat membayar lebih, saya fikir kita harus meneliti semula (perjanjian).
"Ia bukan peribadi tetapi jika anda 'bermain' dengan (terma) perjanjian, anda mengaut keuntungan dan anda hukum rakyat untuk membayarnya," katanya.
Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu hanya sekadar mahu menutup kemaluan dia sendiri yang telah didedahkan oleh Si Azmin tu sebelum ini. Maka, inilah masanya untuk dia tunjuk yang dia masih ada kuasa ke atas Azmin. Tapi dia lupa, Si Azmin tu hanya mengira hari je untuk dia merampas kuasa!!!

4 ulasan:

  1. Akujanji sebagai penjawat awam antara memutuskan tidak menggunakan atau dimanupulasi oleh mana-mana pengaruh politik dan tidak mendedahkan rahsia resmi atas niat tujuan kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu. Kalau berpolitik tak kira waktu apa kerja pun jadi tergalang.
    Asyik mengejar publisiti/populoriti sehingga gagal membezakan mana satu menjadi hak tanggungjawab atau kepentingan peribadi!!!!

    BalasPadam
  2. Bagaimana dgn pembersihan tuntutan elaun RM15juta oleh Penasihat Ekonomi Selangor tu yg beliau minta Azmin jelaskan kpd umum bila ditanya wartawan baru-baru ni?
    Kenapa dia tolak bola tu pada Azmin?
    Kenapa dia sendiri tak nafikan atau saman saja Faekah yg dedahkan perkara itu?
    Ketum dah kantoi....

    Tahun 2014 adalah tahun yg banyak bencana alam. Dan Anwar sendiri pun mungkin akan terima bencana di tahun ini.
    Ironinya dan yg sangat mengecewakan hidupnya ialah kegagalannya hingga kini untuk jadi PM Malaysia.... Melalui PRU tak jadi.... Melalui pembelian MP BN untuk lompat pun tak jadi,,, malah dirinya dicap sebagai PEMBOHONG No. Wahid....

    Kesian....!
    Itulah nasib manusia yg tidak mahu menyerahkan hidupnya di dunia ini kpd ketentuan dan rahmat Allah swt.
    Apabila tidak bersyukur dgn rahmat Allah swt, maka tunggulah saatnya bila Allah swt menarikbalik kerahmatanNya....
    Wallahhua'lam.

    BalasPadam
  3. Elok la tu.penyamun jual si penyangak.

    BalasPadam
  4. Itulah pemimpin yang asyik niat nak menghancurkan orang lain balasannya orang yang paling rapat dengannya yang akhirnya yang memberi masalah pada dirinya sendiri.Itu lah lain Kali jangan menyakiti hati orang Ada faham!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.