Halaman

Jumaat, Oktober 17, 2014

HADI AWANG SINDIR KENYATAAN KHALID!!!

Apa agak respon yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu bila dia baca kenyataan yang dibuat oleh Si Hadi Awang ni gamaknya ye? Tak buruk ke muka dia bila dimalukan oleh Presiden PAS tu?

Bukan ke sebelum ini, Si Khalid Samad tu kata, umat Islam tidak boleh melarang agama lain untuk mengadakan pesta arak Oktoberfest tu kerana ianya adalah hak mereka?

Sebaliknya, dalam status yang dimuat-naik dalam laman media sosial twitter milik Si Khalid Samad tu sebelum ini menyatakan bahawa orang Bukan Islam ni hari - hari minum arak.
Kenyataan Si Khalid Samad tu dilihat oleh sesetengah pihak seolah - olah agama lain mengalakkan perkara sedemikian dikalangan penganutnya sedangkan ianya tidak benar sama sekali.

Malah, seperti yang sudah kita dedahkan sebelum ini, tidak ada ibu bapa dari kalangan mereka yang Non-Muslim yang mahu melihat anak mereka menjadi peminum arak. (Klik Sini).

Walaupun ianya bukan satu larangan, namun ibu bapa yang Bukan Beragama Islam tidak menggalakkan anak - anak mereka terjebak kerana khuatir tentang keselamatan mereka.

Sekarang, Si Hadi Awang tu pulak mencabar mana - mana pihak agar mengajukan soalan yang sama kepada mana - mana Paderi ataupun Sami mengenai isu tersebut.

Bagi Si Hadi Awang, aktiviti yang tidak berakhlak seumpama itu tidak wajar dianjurkan secara besar - besaran kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama yang ada di Malaysia ni.
“Tanya sami, tanya paderi, saya rasa mereka pun tidak bersetuju. Sebab itu perlu tapis. Saya rasa semua agama tidak bersetuju dengan perkara tidak berakhlak ini," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.
Nah, sekarang sudah terbukti bahawa pandangan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu adalah tidak wajar dan bukan berlandaskan kepada perkara yang sebenar. Apa yang jelas, tindakan Si Khalid Samad tu boleh dilihat satu tindakan Populis yang hanya sekadar mahu meraih publisiti murahan!!!

1 ulasan:

  1. Khalid Samad ni keturunan apa sebenarnya? Berapa peratus darah pariah???

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.