Semakin hampir dengan tarikh keramat 28 Oktober 2014 , rakyat Malaysia sebenarnya dapat melihat sendiri betapa hubungan yang dulunya begitu akrab kini tidak lagi semesra sebelumnya.
Kita dapat menghidu keretakan ini bermula seawal langkah Kajang lagi cumanya pada saat itu masing-masing masih lagi mengharapkan keajaiban politik untuk berlaku.
Tetapi malangnya impian itu tidak menjadi kenyataan apabila kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim terus membuak-buak untuk menguasai kepentingan politik dalam Selangor.
Betapa ligatnya Anwar apabila menamakan isteri sendiri sebagai wakil untuk diketengahkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.
Pertamanya kenapa Khalid perlu segera dikeluarkan dari hiraki kepimpinan dalam pentadbiran negeri Selangor? Adakah kerana beliau dilihat menjadi penghalang kepada usaha pembangkang khususnya PKR untuk menjatuhkan Barisan Nasional?
Banyak pandangan dalam mengupas isu ini namun MMI lebih suka untuk menyebut Anwar tidak mahu mana-mana pemimpin yang berada dibawah tampuk kekuasaannya berlebih-lebih khususnya dalam soal politik.
Hubungan politik yang dijalinkan oleh Khalid Ibrahim bersama dengan kerajaan pusat telah menyebabkan kedudukan Anwar tergugat.
Anwar tahu bahawa hubungan itu MAMPU menjadikan Khalid sebagai seorang pemimpin yang disayangi rakyat seterusnya akan menyebabkan Selangor tidak lagi dibawah penguasaan PKR sepenuhnya.
Anwar juga tahu secara hukumnya bahawa kerjasama Khalid dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan beberapa masalah melibatkan kepentingan rakyat adalah satu keputusan yang TEPAT kerana hanya melalui kerjasama sedemikianlah masalah di Selangor boleh diselesaikan.
Dan percayalah sekiranya itu berlaku , Khalid akan dijulang lebih daripada manusia bernama Anwar Ibrahim yang selama ini membaham hasil bumi Selangor untuk kepentingan dirinya dengan menggunakan kapasiti penasihat ekonomi negeri yang mencecah jutaan ringgit.
Beliau juga sedar bahaya yang bakal menanti PKR sendiri apabila pola politik yang dilihat akan berubah sekiranya Khalid berjaya menjadikan hubungan politik dengan kerajaan pusat sebagai wadah terbaik buat kerajaan negeri mengatur gerak mendekati dan menyelesaikan permasalahan rakyat.
Ini bukan sesuatu yang boleh dibiarkan kerana jalinan itu nanti bakal menyebabkan politik PKR di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakaran Haprak. - SETERUSNYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.