Halaman

Ahad, Oktober 12, 2014

KURANG 500 PESERTA, BUKTI KETUA PEMUDA PAS GAGAL!!!

Apa lagi alasan yang Si Suhaizan Kaiat tu nak berikan kepada rakyat? Kelentong apa lagi dia nak buat selepas kredibiliti dia sebagai pemimpin terbukti GAGAL buat sekian kalinya?

Jika sebelum ini, Si Ketua Pemuda PAS tu telah dimalukan secara terang - terangan dalam Muktamar apabila ada dikalangan perwakilan Pemuda PAS yang bangkit mempertikaikan tindakan dia.

Apa yang jelas, kerjasama dan sifat politik 'Gentleman' yang cuba ditonjolkan Si Ketua Pemuda PAS itu dalam Pakatan ternyata GAGAL apabila PAS dikhianati oleh rakan sekutu mereka.

Ianya berikutan kebocoran jawapan hasil dari pertemuan mereka dengan Presiden PAS yang seterusnya menambah-burukkan lagi keadaan PAS dalam Pakatan pada ketika itu.

Sekarang, Si Ketua Pemuda PAS itu tampil lagi buat kali kedua setelah kali pertama cubaannya untuk menganjurkan siri bantahan kenaikkan harga minyak menemui keGAGALan.

Kali pertama dia cuba kumpulkan penyokong - penyokong Pakatan pada 8 Oktober dihadapan pintu masuk utama bangunan kompleks Parlimen hanya sekadar dihadiri tak lebih dari 50 orang.

Kali ini, dia cuba pulak bergabung dengan NGO - NGO lain, namun tetap GAGAL untuk mengumpul lebih dari seribu orang. Yang datang nak berhimpun pun tak sampai 300 orang sahaja.

Ianya jelas satu angka yang cukup memalukan dan JAUH BERBEZA dengan perhimpunan yang dianjurkan sebelum ini dimana jumlah kehadirannya mampu mencecah puluh ribu.

Soalnya, kenapa perkara tersebut terjadi sedemikian rupa? Adakah kerana ianya faktor cuaca? Adakah ramai diantara penyokong Pakatan tu masih belum habis bercuti Raya?

Atau, adakah Pencacai - Pencacai Pakatan Haramjadah tu TERLALU MABUK selepas kebanyakkan dari mereka menghadiri pesta Arak yang dianjurkan pada malam sebelumnya?

Dengan jumlah kehadiran yang begitu sedikit, ianya tidak memberikan sebarang manfaat kepada siri demonstrasi yang dianjurkan. Setakat menghabiskan masa tak tentu arah, apa gunanya?

Sebaliknya, perhimpunan itu hanya sekadar memalukan parti dan juga Si Ketua Pemuda PAS itu sendiri. Jadi, usah la Si Ketua Pemuda PAS tu nak bangga sangat kononnya perhimpunan yang dianjurkan semalam merupakan satu 'Kejayaan'. Tetapi ianya satu KEMALUAN BESAR bagi Pakatan!!!

3 ulasan:

  1. Itulah bukti nyata bahawa masalah dalaman Pas membawa kpd perpecahan.
    Malanmgnya yg berpecah itu adalah orang Melayu.....

    BalasPadam
  2. Ini ajalah kelebihan yang ada pada seorang yang bergelar ketua pemuda apa cara sekali pun muka mesti mau keluar surat habaq hari2. Publibsiti murahan.

    BalasPadam
  3. Wahai saudara-saudara dalam pas kenapa lag kamu nak cari musuh dengan pemerintah yg teraju negara di pegang oleh org melayu itu sendiri . Saya nak tanya satu soalan nak ke kamu lihat negara ini dipegang oleh org yg bukan sebangsa dgn Kita? Nak ke kita pertuankan org kafir harbi jadi ketua negara? Sepatutnya kita patut rasa bersyukur sebab barisan kepimpinan sekarang masih di pegang oleh orang melayu dan islam. Jadi kamu kena faham apa yg kerajaan lakukan. untuk jangka masa yg panjang. OK Allahuakbar !!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.