Halaman

Rabu, Oktober 22, 2014

MAIS PUN KENA TIPU DENGAN PENGANJUR!!! @n_izzah

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.

Beliau berkata, menerusi surat penganjur pada 3 Oktober lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya, program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.
"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.
Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.

Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Oktober lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.

Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.
"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.
Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam.

2 ulasan:

  1. jangan percaya bila puak kafir dan munafik nak anjur sesuatu majlis. mereka jenis suka mengambil kesempatan diatas kelalaian kita.
    mereka tidak menyatakan dengan jelas program mereka pada mais bahawa ada adengan peluk2 anjing. jika perangai dah serupa anjing jangan lagi percaya dengan puak2 ini. lihat sekarang jarum2 halus mereka dapat membuat umat islam bertelagah sesama sendiri.
    beringatlah dilain kali dengan puak dajal ni....mereka begitu gembira bila kita dapat mengikuti perbuatan dan amalan mereka.
    dinegara malaysia ini kita adalah ahli sunah waljamaah berimamkan mahzab shafie....tak perlu ambil sana sikit...sini sikit...untuk menghalalkan segala perbuatan kita. kan dah tau yang halal dan haram. tak perlu bertegang leher cuma untuk memuaskan hati kaum kafir dan munafikin.

    BalasPadam
  2. Ustaz usop kuda, boleh pegang anjing,kena mandikan anjing dennganair tanah 7 kali 40 hari, anjing kena puasa makan sayur bubur kacang minum susu lembu juga 40 hari, kalau di amal 4 tahun anjing tu boleh disembelih,makan pon boleh bettul tak uztazah semut

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.