Halaman

Sabtu, Oktober 04, 2014

MALAM RAYA, MEDIA KENA KENCING!!!

Perhimpunan yang dirancang untuk memprotes kenaikan petrol gagal apabila tiada yang hadir untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat berada di sekitar Dataran Merdeka sejak pukul 3 petang Sabtu.

Sehingga pukul 6 petang, kebanyakan petugas media, anggota polis dan DBKL telah meninggalkan Dataran Merdeka kerana tidak ada penunjuk perasaan yang hadir.

Polis, pada Jumaat menasihati orang ramai untuk menjauhkan diri daripada perhimpunan di Dataran Merdeka yang dirancang pada Sabtu untuk memprotes kenaikan harga petrol, kerana penganjur tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis menganggap perhimpunan tersebut sebagai haram kerana penganjur tidak memohon kebenaran untuk mengadakan perhimpunan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Butir-butir perhimpunan tersebut telah disebarkan melalui laman media sosial dan aplikasi mesej segera pada Jumaat. Namun, pihak penganjur tidak dinamakan.

2 ulasan:

  1. Mcm mana nak ada..hujan lebat.. Allah pun tak izinkan nuor bermaharajalela di padang.. Becakkk..

    Nuor takut oooiiiii... Dipanah petir kepala tu baru tauuuu...terus jumpa malaikat..
    Baru amannnn dunia.. Org sibuk beli makanan brg.. Makhluk ni sibuk berdemo

    BalasPadam
  2. Mcm mana nak ada..hujan lebat.. Allah pun tak izinkan nuor bermaharajalela di padang.. Becakkk..

    Nuor takut oooiiiii... Dipanah petir kepala tu baru tauuuu...terus jumpa malaikat..
    Baru amannnn dunia.. Org sibuk beli makanan brg.. Makhluk ni sibuk berdemo

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.