Halaman

Rabu, Oktober 08, 2014

MAMPU KE MB BARU HARAMKAN PESTA ARAK???

Kontroversi pesta arak di Selangor yang menjadi bualan hangat sejak minggu lepas kini mula mengheret Menteri Besar yang baru, Azmin Ali untuk tampil memberi penjelasan yang lebih jelas tentang pendirian kerajaan negeri pimpinan beliau tentang festival tersebut.

Melalui Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long dalam satu sidang media berkata bahawa pesta arak yang dikenali sebagai 'Octoberfest' itu seharusnya dihalang oleh Azmin selaku MB yang baru.

Katanya, perkara tersebut perlu dilakukan kerana semua sudah maklum pesta seperti itu menggalakkan kemungkaran di negeri ini disamping turut mengheret umat Islam yang jahil terjebak ke kancah maksiat .

Disamping itu, Rosdi turut menyifatkan aktiviti tersebut sebagai perbuatan yang biadap memandangkan ketika ini merupakan bulan dimana umat Islam sedang menghayati ibadah haji dan erti pengorbanan dalam syariat Islam .
"Pesta ini juga adalah bertujuan untuk menguji komitmen kepimpinan baharu kerajaan negeri sama ada mampu mempertahankan kesucian Islam dan menjaga sensetiviti umatnya.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin perlu membuktikan ketegasan dan keberanian untuk menjaga dan menjunjun kesucian agama Islam," katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam pada itu, tentangan turut diluahkan beberapa pihak ekoran pengiklanan secara besar-besaran dan secara terbuka acara itu nanti dengan menggunakan papan iklan besar di Shah Alam bagi acara kemuncak 'Octoberfest' itu yang akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta One Utama, Petaling Jaya.

Rosdi dalam kenyataannya itu turut mengakui bahawa Azmin seharusnya bertindak seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang bertindak tegas membatalkan penganjuran pesta bikini di Hartamas pada Jun lalu selepas mendapat bantahan daripada orang ramai.

2 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM WBT...

    Salam perjuangan.. Saya blogger baru yang berjinak-jinak untuk membela Agama,Bangsa dan Tanah Air tercinta serta ingin bersama-sama jemaah blogger Pro BN seperti TUAN. Saya sudah link blog TUAN di blog saya dan saya dengan rendah DIRI berharap TUAN dapat meletakkan LINK blog saya www.kulihatlangitbiru.com di blog TUAN Jua... Terima Kasih,,,

    BalasPadam
  2. Dah melampau si kafir ni, k'rajaan negeri mesti tegas menghalang perbuatan maksiat, inimencemarkan kesucian agama Islam dan adat budaya org MELAYU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.