Diberitakan, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang.
Kedua - dua kawasan itu kini disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Begitulah mengikut kata Faekah Husin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Faekah mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.
Faekah percaya ia dibuat atas arahan Azmin kerana 'remote control' mula berfongsi buat kali keduanya. Ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.
Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan terhadap pemimpin - pemimpin negeri.
Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik.
Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.
Malah Faekah juga percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian berterusan terhadap Pakatan.
Nak pulak kebencian itu sudah agak lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya perencanaan agenda ‘Langkah Kajang’ yang dicetuskan oleh Rafizi, katanya.
Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
PS: Nampak gayanya, lembaran baru dalam pemerintahan Rejim Pakatan Haramjadah tu sudah pun bermula. Dan yang menjadi mangsa keadaan ialah rakyat, bukannya orang lain!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.