Halaman

Isnin, Oktober 06, 2014

MEMANG SAH SI BARUA NI MEMALUKAN PARTI!!!

Dewan Ulama PAS mempertikaikan tindakan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib yang memohon maaf bagi pihak parti Islam itu berhubung isu kemelut menteri besar Selangor.

Naib ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata Saari bukanlah orang yang layak mengemukakan permohonan maaf kerana beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam PAS.
Siapa Saari mahu memohon maaf bagi pihak PAS? Adakah dia sebahagian dari kepimpinan parti? Tidak.
"Dia tidak patut berbuat demikian. Tidak mengapa jika dia dalam liga sama yang terdiri daripada pemimpin atasan parti," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
Mahfodz berkata tiada keperluan bagi PAS menyatakan permohonan maaf dalam isu menteri besar Selangor kerana ia sudah dibincangkan terlebih dahulu oleh pimpinan parti.

Katanya PAS tidak terburu-buru memutuskan siapa calon yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan segala keputusan dibuat dengan memerhatikan keadaan politik semasa.
"Dia akan menerima tindak balas daripada permohonan maaf itu. Mengapa PAS perlu memohon maaf atas apa yang dilakukan?
"Ia keputusan betul parti dengan memerhati perkembangan isu daripada membuat pertimbangan terburu-buru," katanya kepada akhbar berkenaan.
Mahfodz berkata keterujaan DAP atas keputusan Saari menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak sesekali memberikannya kuasa membuat keputusan bagi pihak PAS.

Katanya biarpun DAP menggelar Saari sebagai hero kerana sokongannya kepada Dr Wan Azizah, keputusan penting tetap dibuat pemimpin tertinggi PAS.
"Mereka gelar dia hero. Dia boleh jadi hero di mata mereka tetapi Saari tiada hak meminta maaf bagi pihak parti," katanya kepada NST.
PS: Kesimpulannya, Si ADUN Barua tu memang TAK LAYAK nak mewakili PAS untuk mintak maaf sedangkan PAS tidak melakukan sebarang kesalahan. Jadi, yang dia nak songeh tak tentu arah tu pasal apa? Dia sendiri yang memalukan diri dia sendiri depan orang ramai!!! - seterusnya...

7 ulasan:

  1. Nama lagi barua..

    Barua akan sanggup melakukan apa2 sahaja utuk menggembirakan hati gembalanya...

    BalasPadam
  2. bakal dilantik jadi DIREKTOR fukatan
    Boleh bNYAK CAKAP MCM aRIF sABRI

    (NAMUN tahapnya cuma pelacor YG TAK ADA DUIT OLEH dap)

    BalasPadam
  3. ni lah si kidol Hampas

    BalasPadam
  4. minta maaf maknanya telah lakukan kesalahan.
    adakah pas bersalah?

    BalasPadam
  5. Tak ku sangka ketua Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) menjadi viral di medea sosial. 21 tahun yang lalu aku adalah salah seorang peserta yang pernah mengikuti latihan mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah bersama beliau dan aku begitu bangga kerana menjadi salah seorang yang terpilih untuk mengikuti latihan tersebut. Aku bangga dengan beliau kerana kesederhanaan, kebaikan, kebijaksanaan beliau menghayati doa tahajud yang berderaian air mata dengan kusyuk dan tawadud tetapi itulah politik apa apa pun boleh berlaku demi kerakusan nafsu dan bila sudah merasakan diri serba sempurna kerana setiap perbuatan dan ungkapan menjadi taksub kepada pengikut. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kebenaran. Ingatlah Allah MAHA mengetahui akan apa yang tersirat dan tersurat, kepadaNya jualah tempat kita meminta pertolongan dan memohon keampunan. Semoga Ustaz Saari Sungib diberi petunjuk dan hidayah. Aminnn.

    BalasPadam
  6. Lamanyer movie ni. Popcorn pun dah habis.

    BalasPadam
  7. Jangan lah buat perangai hodoh,kau orang Islam tak tahu malu ke bersekonkol dengan kafir dap laknat. Kau tahu tak sejarah pertubuhan dap yang sentiasa ingin untuk memecah belah orang melayu dari dulu sampai sekarang. Kalau kau ada otak fikir-fikir lag jangan asyik tamak haloba dgn harta dunia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.