Halaman

Selasa, Oktober 21, 2014

OSTAZAH NURUL IZZAH DITAZKIRAHKAN USTAZ TAZKIRAH!!

Heh! Kan dah tak pasal - pasal je tazkirah dengan Ustaz Tazkirah tu. Itulah orang dah pesan. Jangan suka - suka je bercakap benda yang kita tak tau. Akhirnya memalukan diri sendiri.

Jika semalam Si Nurul Izzah tu puas bertekak dengan Ustaz Fathul Bari dalam laman twitter yang menyindir program 'I Want To Touch A Dog' kerana ianya dianggap 'Sangat Janggal'.

Namun dalam kenyataan pembelaan yang dimuat naik melalui akaun twitter peribadinya, Si Nurul Izzah tu turut menyatakan bahawa diawal program tersebut turut dianjurkan tazkirah.

Persoalannya, adakah tazkirah itu boleh menghalalkan perbuatan yang dilakukan oleh peserta - peserta program tersebut? Tidakkah perkara tersebut dijelaskan oleh Ustaz berkenaan?

Kalau kita perhatikan status yang dimuat naikkan oleh Si Nurul Izzah tu menggambarkan seolah - olah Ustaz tu yang memberi kebenaran untuk orang Islam menyentuh Anjing tanpa sebab.

Dan disebabkan kenyataan itu membuatkan Si Ustaz tadi ditempelak dengan fitnah terhadap dirinya. Dah tak pasal - pasal pulak dia yang diheret dalam agenda Liberalisasi yang direncanakan oleh penganjur.

Dalam tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abu Zulfaqar itu juga turut menjelaskan mengenai hukum pegang anjing dalam Mazhab Syafie seperti yang terdapat dalam Fatwa JAKIM.
"Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program. Saya juga jelas menerangkan, TIDAK DIBENARKAN menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu."
Demikian yang dinyatakan oleh Ustaz berkenaan didalam laman Facebooknya. Jadi, jangan pulak ada yang buat kesimpulan menyatakan bahawa Ustaz tersebut yang menghalalkan perbuatan sebaliknya.

Yang sebenarnya, Ustaz tu hanya dipergunakan oleh golongan tertentu demi merealisasikan tujuan dan agenda sulit mereka. Apa yang pasti, Ustaz tu hanya jadi mangsa percaturan puak - puak Liberalis yang sama seperti Si Nurul Izzah untuk kepentingan mereka sendiri!!!

3 ulasan:

  1. INILAH PUAK MUNAFIK DALAM PEMBANGKANG SEMUA BENDA NAK DIKONANYA.
    DUNIA DAH AKHIR ZAMAN. BUKAN AHLI AGAMA PUN SUDAH PANDAI KELUAR HUKUM. PATUTLAH NABI KATA NERAKA DIPENUHI KAUM WANITA.

    BalasPadam
  2. Kenapa la ustaz2 kt malaysia ni mudah sgt dperdaya, dperguna n dplekehkn....????? Bukankh nk jdk pemimpin mesti BIJAK???? Asyik jawab X tahu....jadi bila nk mula TAHU spy x terkena pedaya...????

    BalasPadam
  3. Berhati-hati la.. Ustaz berilmu pun berjaya diperdaya oleh golongan2 laknat ni, apatah lagi kita semua...

    Tahniah sbb ustaz terbabit mengakui kelemahan beliau patut dijadikan pengajaran utk kita semua..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.