Halaman

Ahad, Oktober 26, 2014

PENCACAI ANWAR MULA HILANG AKAL!!!

Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) mengkritik tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) yang didakwa mengugut untuk mengenakan tindakan termasuk menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa (PMUM), Fahmi Zainol.

Pengasas bersama dan penyelaras Ganyang, Adrian Lim Chee En berkata, tindakan tersebut jelas mencerminkan sikap autoritarian pihak pengurusan universiti tersebut.

“PMUM hanya berusaha untuk memulihkan falsafah UM, antaranya kebebasan akademik, autonomi universiti dan urus tadbir pelajar.

“Kami di pihak Ganyang, sebuah gerakan yang merangkumi 20 persatuan mahasiswa daripada 10 buah IPTA dan IPTS, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Adrian menyebut bahawa mahasiswa harus diberi kebebasan menganjur program selagi ia tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.

“Ganyang menegaskan keperluan mahasiswa dilayan seperti orang dewasa. Mahasiswa harus diberi kebebasan untuk menganjurkan program tanpa dicengkam oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.

“Penganjuran program ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’ bukan satu jenayah. Anwar merupakan seorang rakyat Malaysia, haknya sama seperti setiap rakyat yang lain.

“Apa yang Fahmi tegakkan cuma hak Anwar sebagai alumni UM. Apa salahnya? Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM?,” katanya.

PS: Kesian! Nama je diorang ni budak belajar tinggi. Tapi Bodohnya Bertingkat - Tingkat!!! Nak jugak diorang agung - agungkan Si Peliwat atas dasar Kebebasan Mahasiswa? 

Rasanya budak sekolah rendah pun tau nak bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi malangnya diorang ni, benda semudah itu pun diorang tak nampak!!! Memalukan!!!

2 ulasan:

  1. Anak aku sorang dah kuor universiti dgn ijazah kepujian kelas pertama..dah keje, yg sorang lagi sedang wat degre pun nak ikut mcm abgnye jugak.. syarat aku kpd anak aku, masa belajar mesti belajar...
    1. Jgn dok ikut demonstasi.
    2. Jgn dok ikut grup tabligh
    3. Join aktiviti kolej jgn sampai xbleh nak ulangkaji pelajaran...
    4. Pastikan setiap assigment dihantar dan jgn xerox 8rg punya..
    5. Klu takat dpt cgpa bawah dari 3.0, bapak koyakkan ajer scroll tu...pi balik motong getah pesaka atok ko kat kampung tu...bapak antor ko masuk universiti sbb nak nengok ko berjaya utk masa hadapan tau.....

    BalasPadam
  2. Bagaimana nak layan seperti orang dewasa apabila tahap pemikiran seperti kanak2 tadika? Masih tak nampak bangsa, agama dan negara berpecah belah kerana satu orang yang bernama Anwar. Bodoh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.