Halaman

Rabu, Oktober 15, 2014

SAH! TAMRIN GHAFAR TINGGALKAN PAS!!!

Hari ini, sah Si Tamrin Ghafar meninggalkan parti selepas dia menghantar surat rasmi mengenai perkara tersebut kepada Setiausaha Agung PAS pagi tadi.

Dalam surat dua perenggan bertarikh 15 Oktober 2014  dengan tajuk "Menarik Diri Sebagai Ahli Pas" itu, Tamrin hanya menulis ringkas mengenai keputusannya itu:-
"Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mulai tarikh surat ini saya menarik diri daripada menganggotai parti Pas.


"Adalah diharapkan pihak Ybhg Datuk dapat mengemas-kinikan rekod keahlian saya berikutan keputusan ini. Sekian, terima kasih".
Dek kerana kecewa dengan sesetengah pemimpin PAS yang enggan tunduk pada desakan serta paksaan yang dikenakan oleh pihak luar, maka itu tindakan yang diambilnya.

Hanya semata - mata ada dikalangan pemimpin PAS tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAPigs memaksa PAS akur dengan konsensus 'Tak Masuk Akal' membuatkan dia kecewa.

Hanya itu sahaja kesimpulan yang boleh dibuat bila membaca berita mengenai keputusan yang dibuat oleh Si Tamrin ni. Dia kecewa bukan sebab PAS tak perjuangkan Islam.

Tapi sebaliknya, dia kecewa sebab PAS bangkit membantah tindakan PKR yang disifatkan tidak menghormati Tahaluf Siyasi dalam Pakatan dalam isu berkaitan dengan kerusi MB Selangor sebelum ini.

Hakikatnya, bantahan yang dibuat oleh PAS adalah berlandaskan kepada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura. Macam mana pulak Si Tamrin ni boleh kata ianya tidak wajar dilakukan?

Jika dilihat dari satu sudut, Si Tamrin ni seolah - olah nak mempersoalkan integriti Majlis Syura Ulama dalam membuat keputusan serta mengeluarkan arahan kepada ahlinya.

Tindakan PAS itu dibuat atas dasar menghormati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan tidak mahu ianya dikhianati oleh PKR sesuka hati mereka. Takkan itu pun dia tak faham?

Inilah masalahnya bila PAS terima orang yang tak tahu nak menjiwai semangat perjuangan PAS selama hari ini. Akhirnya, dia hanya akan merosakkan imej serta nama baik parti itu sendiri.

Persoalannya, apa tujuan dia masuk parti itu sebelum ini? Adakah hanya sekadar untuk meraih 'Populariti' murahan semata - mata? Atau adakah dia percaya kepada dasar perjuangan parti itu sendiri? Kalau setakat masuk parti sebab nak dapat nama, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

12 ulasan:

  1. Dia ingat dipiplih untuk bertanding dlm pru yang lepas tapi melepasss.

    BalasPadam
  2. melukut di tepi gangtang sahaja awang ni.

    BalasPadam
  3. Ini tak relevan bagi BN pun. Lalang, dimana angin bertiup di situlah dia berada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan lalang..tapi kata batu.. lompat tak bolih... ong ong ong pun tak bolih..nak buat perhiasan pun buruk..nak simpan ..menyemak.. nak gadai..no value...nak bakar ..tak hangus.. nak bagi orang..mika tak sudi.. nak derma mangsa tsunami.. mika ketawakan..hai pening ! Moral storynya.. Parti perlu memilih sikit kalau ambil ahli... kat hospital tu lagi ramai yg layak..dari si Katak batu...

      Padam
  4. Eloklah yg busuk dan berbau bangkai keluar pas masuk pkr.

    BalasPadam
  5. sebenarnya mamat nie tak laku pie mana pun org tak mau kat dia ..

    BalasPadam
  6. Mamat ni semangat terhegeh hegeh diamat kental..Kita tengok mana lagi tempat dinak melukut... Kesian dia belum sampai akal baligh..dalam politik.. dan rasanya tak kesampaian... Arqam pun lari tengok dia...

    BalasPadam
  7. Sabenarnya...dia tak perlu tinggalkan Pas..sebab Pas memang dah tak peduli pon kat dia...jadi buat apa buang masa Urusetia Pas untuk melayan kerena dia nak keluar Parti...buang masa..buang kertas..buang ink..dan membazir setem saja.. Keluar begitu sjalah ..sebab masuk pun tak diajak... hanya terhegeh hegeh dia sajer..
    Harap Pas jangan membazir wang dan waktu melayan ...biar Luncai terjun dgn labunya... atau biar si Mat Jening yg masih berkhayal diatas pokok.. tiba masa..berderaap jatuh tergolek sendiri.. ini nonsense punya hal..kata orang dulu dulu.

    BalasPadam
  8. PROJEK yillek....bye..bye

    BalasPadam
  9. datang tak jadi genap.. pergi tak jadi ganjil

    BalasPadam
  10. Orang macam ini mana tahu menghargai parti yang di wakili . Bila tak dapat apa yang di hajati mengajuk meninggalkan parti. Dia tak ingat arwah bapak adalah seorang pejuang kemerdekaan negara Dan pernah jadi orang no dua printing dalam negara dan Cuba dia ingat lagi siapa yang jatuhkan bapak Dari jawatan yg di pegang . Otak ada fikir lah sendiri !!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.