Halaman

Jumaat, Oktober 24, 2014

SOLIDARITI UNTUK HADI HANYA SEKADAR WAYANG???

Kalau dah namanya Pencacai PKR tu, memang tak boleh nak ubah dah Si Tulangbesi ni. Apa benda sekali pun dia tetap akan mengikut bontot Si Ketua Penipu tu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Tulangbesi tu mendakwa kononnya Solidariti yang direncanakan untuk Si Hadi Awang tu hanya sekadar wayang semata - mata.

Kata Si Tulangbesi tu, isu berkaitan dengan kes fitnah yang difailkan oleh Ahli PKR terhadap Presiden PAS tu dipublisitikan demi untuk mengalih perhatian rakyat.

Kononnya, kata Si Tulangbesi tu, Solidariti yang dirancang untuk Si Hadi Awang tu adalah untuk alihkan 'crowd' dari menyokong Si Ketua Penipu tu pada tarikh yang sama.
Walaupun Si Hadi Awang tu hanya diminta untuk tampil memberi keterangan mengenai kes tuduhan fitnah yang difailkan oleh Ahli PKR tu, namun kesetiaan ahli PAS menjadi persoalannya.

Adakah mereka lebih rela meminggirkan Si Hadi Awang tu serta dibiarkan dia terkontang kanting sendirian dan menyokong Si Ketua Penipu yang dah kantoi meliwat bekas pembantu peribadinya itu?

Tidakkah penyokong - penyokong PAS menyedari hakikat bahawa Si Hadi Awang tu telah dituduh menabur fitnah oleh Ahli PKR yang mendapat restu dari Si Ketua Penipu itu sendiri?

Soalnya sekarang ialah mengenai solidariti ahli serta penyokong - penyokong PAS terhadap kesetiaan kepada pemimpin tertinggi parti itu sendiri. Itu yang menjadi pertikaiannya.

Soal sama ada kes Si Hadi Awang tu belum menunggu keputusan atau tidak, itu soal kedua. Takkan diorang nak tunggu Si Hadi Awang tu dah didapati bersalah baru diorang nak tunjuk kesetiaan mereka?

Apa yang pasti, puak - puak PAS pada ketika ini sudah tentu berada dalam dilema. Tapi tidak bagi mereka yang dilihat Pro Liberal. Bagi mereka, kes liwat yang melibatkan Si Ketua Penipu tu lebih penting jika nak dibandingkan dengan Presiden parti sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Penyokong Nuar dah mula kecut kalau-kalau yg hadir di perbicaraan Hadi jauh melebihi demo yg sokong Nuar diPutrajaya pada tarikh sama.
    Berdasarkan prkembangan mutakhir ini, kehadiran penyokong tarhadap Nuar dah merosot sejak ahli Pas mengasingkan diri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.