Sudah pasti, itu kesimpulan yang akan dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu berhubung tindakan yang diambil oleh YAB Perdana Menteri terhadap lidah rasmi PAS semalam.
Nak pulak bagi pemimpin - pemimpin PAS yang memang cukup 'Alergik' dan 'Jijik' mendengar perkataan 'Perpaduan Ummah' yang disebut oleh Datuk Seri Najib sebelum ini.
Bagi mereka, tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib yang memfailkan saman terhadap Harakah itu membuktikan bahawa Pengerusi Barisan Nasional tidak ikhlas dalam hasratnya.
Ditambah pulak dengan hasutan - hasutan dari kalangan pemimpin - pemimpin DAPigs dan PKR yang memang TAKUT sekiranya UMNO dengan PAS bersatu atas dasar 'Perpaduan Ummah'.
Dah tentu pemimpin - pemimpin PAS seperti Husam Musa, Hatta Ramli, Mujahid Rawa dan seangkatan dengannya akan menggunakan peluang ini untuk terus merosakkan agenda tersebut.
Kesempatan ini memberi mereka ruang untuk merosakkan agenda 'Perpaduan Ummah' dengan membuat dakwaan serta menyebar hasutan yang bukan - bukan dikalangan ahli PAS.
Sedangkan hakikatnya, tindakan YAB Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Harakah tidak ada kaitan lansung dengan agenda 'Perpaduan Ummah' yang direncanakan sebelum ini.
Apa yang dilakukan oleh YAB Datuk Seri Najib adalah untuk menjaga integriti serta nama baiknya sendiri dari difitnah oleh lidah rasmi PAS itu berhubung isu yang berkaitan dengan 1MBD.
Artikel yang disiarkan didalam akhbar lidah rasmi PAS itu jelas membuat dakwaan tanpa merujuk sebarang fakta serta menuduh YAB Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasanya.
"Artikel tersebut turut menuduh, anak guam kami telah menyalahgunakan kuasanya untuk memperolehi kekayaan dari sumber yang tidak betul dan telah menyalahgunakan dana 1MDB untuk mengumpul kekayaan dan memperolehi keuntungan," jelas peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada pihak media.
Maka, demi untuk menjaga survival Politik pemimpin - pemimpin seperti yang dinyatakan diatas, sudah pasti kesempatan ini akan dianggap sebagai satu 'Peluang Keemasan'. Setidak - tidaknya, mereka dapat menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.