Halaman

Sabtu, April 04, 2015

HELIKOPTER TERHEMPAS, TAN SRI JJ TERLIBAT???

Sebuah helikopter yang dipercayai membawa seorang bekas menteri Kabinet terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.

Difahamkan bekas menteri tersebut ialah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Rompin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Menurut sumber, selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias. Turut dikatakan berada di dalam pesawat tersebut ialah seorang ahli korporat serta dua pengawal peribadi VIP terbabit.
Operasi menyelamat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang Sabtu.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. "Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.