Halaman

Ahad, Jun 28, 2015

MEMBERUK LA PAKATAN SEMENANJUNG DIBUATNYA!!!

Pengalaman mengajar kita erti kebenaran dalam apa yang diluahkan oleh wakil SPDP ni. Memang di Sarawak, lain kaedah mereka mendekati Politik jika nak dibandingkan dengan Semenanjung.

Sebelum ini pun, kita pernah ada pengalaman melihat sendiri pendekatan Politik penduduk di Sarawak secara dekat bila berlansungnya Pilihan Raya Negeri yang lalu. Memang lain sangat.

Sebarang propaganda melampau ni memang diorang tolak ketepi dan bagi parti yang suka menggunakan taktik sedemikian rupa akan disisih oleh rakyat di Negeri tersebut secara terbuka.

Bahkan, amalan Politik Longkang yang sering diguna-pakai oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu di Sarawak memang tidak mendatangkan sebarang kesan kepada penduduk tempatan.

Teringat pulak gelagat Si Sam Ketot tu sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri di kawasan Saratok bila dia kena halau apabila cuba mencetuskan provokasi di Pusat Pembuangan Undi.

Mujur nyaris Si Sam Ketot tu tak terkencing je depan Pusat Pembuangan Undi tu. Tapi nampak jugak la kelibat dia cuak dan hampir nak menangis bila kena sergah dengan penduduk dikawasan tu.


Jadi, buat puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang datang dari Semenanjung, adalah dinasihatkan supaya tak perlu la diorang nak cuba bawak amalan Politik Longkang mereka yang biasa digunakan selama ini ke Sarawak. Takut silap hari bulan, diorang pulak yang malu sendiri!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.