Halaman

Jumaat, Ogos 21, 2015

ADA MARUAH KE SI MERIAH KARI NI???

PAS Selangor hari ini mendesak agar bekas Naib Yang DiPertua Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud supaya melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kota Raja dengan segera.

Tegas Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata Dr Siti Mariah perlu meletak jawatan yang disandang ketika ini kerana beliau dilantik Ahli Parlimen atas tiket parti itu.
“Dengan sebab itu beliau harus meletakkan jawatan kerana beliau bertanding di atas watikah yang dikeluarkan oleh Pas Pusat,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Penganalisis Politik, Profesor Madya Datuk Dr Samsu Adabi turut senada dengan menyarankan Dr Siti Mariah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Katanya, perkara itu perlu dilakukan oleh Dr Mariah sekiranya dia mempunyai prinsip dan maruah, maka dia juga perlu berani untuk melepaskan jawatannya didalam Dewan Rakyat.
“Dia perlu mengenang jasa dan perlu menghormati bekas parti yang menjadikannya Ahli Parlimen,” katanya.
Katanya, walaupun tiada undang-undang lompat parti di negara ini, namun demi maruah dan harga diri, bekas Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat itu perlu meletak jawatanya.

Laporan sebelum ini mendedahkan, Dr Siti Mariah bersama 182 ahli dan pimpinan Pas Kawasan Kota Raja pada Rabu mengumumkan keluar Pas untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

PS: Masalahnya, Geng Haprak Baru macam Si Meriah Kari ni ada maruah dan prinsip ke? Kalau diorang ada maruah dan prinsip, dah tentu - tentu diorang takkan meroyan bila ditolak oleh perwakilan dalam pemilihan baru - baru ni!!!

5 ulasan:

  1. PAS dengan GHB kan lain , nak masuk GHB tinggalkan PAS , gila jawatan ke kau

    BalasPadam
  2. Kalau DAP bagi aku duit bulan bulan , aku pun sanggup jadi anjing DAP . Janji bulan bulan masyuk .

    BalasPadam
  3. DAP DAN GHB TENGAH GIAT NK BUANG AZMIN...
    DAP NAK AMBIK ALIH SELANGOR!!!
    bersiap sedia.. Sebuah 'pulau pinang' yg batu akan muncul dan abik alih raja melayu!!

    BalasPadam
  4. Berebut rebut nak masuk GHB sebab nak jadi calon ADUN Selangor pada PRU akan datang ni . Maklom laa , Selangor negeri terkaya .

    BalasPadam
  5. Sanjung lagi Dr. Mariah ni. Hancur PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.