Halaman

Selasa, Ogos 18, 2015

MENGGIGIL TONY PUAKA BACA BERITA DIBAWAH NI!!!

Habis menggeletar satu badan dibuatnya mengalahkan orang kena demam panas bila Si Tony Puaka tu baca berita dibawah ni. Kalau perati betul - betul, mau ada bau hancing dalam seluar.

Mana tidaknya. Kalau selama hari ini, dia diantara pemimpin Pakatan yang paling lantang sekali membangkitkan isu berkaitan dengan 1MDB selepas dia dapat maklumat palsu dari Si Justo tu.

Punya sanggup dia nak buat cerita yang bukan - bukan, Si Tony Puaka tu katanya pernah pergi berjumpa dengan Si Justo tu sebanyak tiga kali. Dan semua pertemuan tu dibuat diluar Negara.

Itu belum cerita lagi bab Pengerusi The Edge yang didakwa pernah menawarkan ganjaran lumayan kepada Si Justo tu untuk mendapatkan maklumat. Tapi akhirnya, Si Justo tu pun kena kencing.

Jadi, sudah pasti mereka yang terlibat tu sedang berada dalam ketakutan pada ketika ini apabila mendengar yang Si Justo tu telah dijatuhkan hukuman penjara. Sepatutnya, diorang ni pun ikut sekali sebab kerja diorang ni setakat buat cerita yang bukan - bukan je!!!
BANGKOK – THAILAND. Warga Switzerland, Andre Xavier Justo hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas dia mengaku cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan memerintahkan hukuman penjara itu bermula pada 22 Jun, iaitu hari bekas eksekutif IT berumur 49 tahun itu ditahan di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand, menurut para pegawai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga sepuluh tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).

Peguamnya, Pranot Kalanuson, memberitahu pemberita beliau akan bertemu Justo 'dalam minggu ini' untuk membincangkan tindakan selanjutnya, termasuk sama ada untuk merayu atau tidak terhadap hukuman itu.

Pranot berkata beliau akan mendapatkan butiran berkaitan hukuman itu daripada pembantunya memandangkan beliau tidak berada di mahkamah hari ini. Justo tiba di mahkamah pada 9.10 pagi ini dengan kedua-dua kakinya dirantai, dan memasuki ruang mahkamah yang ditutup kepada media. 

Dia muncul dari ruang mahkamah sekitar tengah hari. Wartawan, sebahagian besarnya dari Malaysia, bertanyakan soalan bertalu-talu namun dia tidak memberi respons dan berjalan berkaki ayam melepasi mereka dengan diapit oleh empat pegawai penjara.

Justo ditahan selepas PetroSaudi memfailkan aduan, dan kemudian dibawa ke Bangkok. Semasa dalam tahanan, dia mengaku cuba memeras ugut dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada PetroSaudi.


Dia juga mengaku menyerahkan dokumen yang dicuri kepada 'seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia' yang sebenarnya merupakan Pengerusi The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong, yang tidak melunaskan bayaran seperti dijanjikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.