Halaman

Ahad, Ogos 23, 2015

NIZAR LILIN KENA TENYEH, DIDAKWA LUPA DIRI!!!

Kenyataan ADUN Changkat Jering, Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempersoal pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini disifatkan sebagai "kacang lupakan kulit".

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar berkata, sewaktu Mohammad Nizar dilantik Menteri Besar Perak, Pesuruhjaya Pas ketika itu, Ahmad Awang memberitahu wakil BN bahawa PR bersetuju melantik Mohammad Nizar mengetuai kerajaan dan turut dipersetujui Harussani.

Menurutnya, Harussani ketika itu mengharapkan Mohammad Nizar mampu memberikan sumbangan yang baik terhadap agama Islam memandangkan Pas menerajui kerajaan ketika itu.
“Tak patut dia (Mohammad Nizar) cakap macam tu. Seolah-olah menghina mufti sedangkan dia bercakap secara umum dan tidak tujukan kepada mana-mana pihak atau parti.
“Malah tindakan Mohammad Nizar membenarkan pemimpin DAP mengulas mengenai kenyataan mufti itu juga dilihat keterlaluan dan menghina Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Saharuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang menyifatkan pandangan Harussani yang mengatakan haram tindakan menggulingkan kerajaan tidak boleh diterima pakai kerana Majlis Fatwa tidak pernah memutuskan sebarang ketetapan mengenainya.

Katanya, Mohammad Nizar seharusnya memberikan penghargaan kepada Harussani yang telah menyokongnya secara tidak langsung ketika menerajui Perak sebelum ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, semua pihak seharusnya memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketika menerima jawatan itu, mereka telah bersumpah dengan nama ALLAH.
“Yakinlah, kita mereka menyeleweng atau tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, pasti laknat ALLAH akan menimpa mereka.
“Tiga perkataan yang mereka lafazkan ‘Wallahi, Wabillahi dan Watallahi’ sudah cukup untuk membuktikan kesediaan mereka memikul amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya.
Beliau berkata, rakyat tidak perlu ragu-ragu dengan kepimpinan negara sebaliknya serahkan kepada ALLAH menilai perbuatan mereka. Saharuddin berkata, tindakan kita menyebar fitnah atau berkata sesuatu yang tidak pasti menambahkan dosa jika perbuatan itu tidak benar.

1 ulasan:

  1. Nizar adalah seorang mangkuk hayun.Spesis jebon yang tak kenang budi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.