Apa dah jadi ni Bang Min? Macam mana pulak ada pihak luar yang dapat membongkarkan kewujudan pejabat Darul Ehsan Investment Group yang didakwa oleh Si Menteri Besar Selangor tu?
Dari pendedahan yang dibuat melalui laman blog Jawa Bernam semalam, kewujudan mengenai pejabat DEIG seperti yang dimaklumkan sebelum ini hanyalah palsu semata - mata.
Blog tersebut dalam artikel bertajuk "Gempar!!! Pejabat DEIG di Bukit Damansara Tidak Wujud" itu sebaliknya mendakwa hanya pejabat urusan Securities Service (Holding) Sdn Bhd sahaja yang ada.
Tambah memeranjatkan ialah apabila blog tersebut juga turut menyebut nama 'Zaid Ibrahim & Co.' turut berada ditingkat yang sama dengan pejabat yang didakwa milik DEIG Bhd.
"Kerani di Securities Services Holdings memberitahu bahawa memang Darul Ehsan Investment Group didaftarkan di situ namun segala operasi dan surat menyurat adalah di Shah Alam. Tingkat 7, Menara Milenium hanya menempatkan Securities Services Holdings dan Zaid Ibrahim & Co. SAHAJA!!" - lapor blog JawaBer6.blogspot.com
Persoalannya, kenapa sebelum ini pihak DEIG mendakwa mereka mempunyai sebuah pejabat dialamat yang tertera? Apa tujuannya pejabat DEIG itu didaftarkan pada alamat tersebut?
Dan persoalan yang lebih penting, adakah ianya secara 'Kebetulan' alamat pejabat DEIG itu sama dengan pejabat milik Zaid Ibrahim & Co? Atau adakah mereka mempunyai sebarang kaitan?
Sebagai rekod, Zaid Ibrahim sebelum ini pernah menjadi ahli PKR dan turut bertanding dalam pemilihan parti itu bagi jawatan Timbalan Presiden, menentang Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.
Jadi, tak mustahil sekiranya mereka mempunyai kaitan dengan pendedahan yang dibuat. Maka ianya adalah menjadi satu tanda tanya, kenapa nama Si Zaid Ibrahim tu turut dikaitkan?
Perkara seumpama ini amat perlu dijelaskan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sendiri kerana skandal berkaitan dengan penubuhan syarikat DEIG tu turut menggunakan Dana Rakyat. Jadi, jangan pulak Si Menteri Besar Selangor tu tak tidur malam nak mencari jawapannya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.