Heh! Siapa sangka. Ingatkan kebijaksanaan Si Khalid Samad tu mengadakan Majlis Kafarah yang bersandarkan kepada maksud dari Al-Qur'an akan diterima oleh semua pihak secara terbuka.
Tapi hakikatnya, tindakan Si Khalid Samad tu mempergunakan ayat Al-Qur'an bagi menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan sebelum ini hanya mengundang sindiran semat - mata.
Jika sebelum ini, pelbagai pihak sudah menjelaskan bahawa Majlis Kafarah yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu tidak cukup untuk menghapuskan sumpah Bai'ah yang dibuat sebelum ini.
Malah, perkara itu juga turut mendapat perhatian dan juga respon dari Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din, yang menyifatkan Si Khalid Samad tu tak faham mengenai sumpah Bai'ah itu sendiri.
(Artikel Berkaitan: Mursyidul Am PAS Akhirnya Bersuara!!!)
Kali ini, tindakan yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu hanya sekadar mengundang sindiran dari kepimpinan PAS Selangor yang mendoakan semoga majlis tersebut diterima Allah S.W.T.
SHAH ALAM - Pas Selangor berharap bayaran kafarah yang dibuat dua ahli parlimen negeri itu diterima dan mereka dijauhkan daripada laknat ALLAH.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil pendirian enggan memanjangkan kritikan terhadap perbuatan kafarah sebagai tebusan berikutan melanggar sumpah bai’ah kerana bertindak keluar Pas.
“Pas negeri (Selangor) pun tak mahu memanjangkan isu ini, terpulang kepada mereka. Berbai’ah dengan menyebut nama ALLAH sebagai satu jaminan untuk tetap bersama dalam Pas untuk memperjuangkan Islam.
“Saya pun tidak pasti sama ada mereka ini turut berbai’ah sebab sumpah ini dilakukan secara beramai-ramai. Semoga kafarah mereka diterima ALLAH,” katanya, semalam.
Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berpendapat, kafarah yang dilakukan bekas ahli Pas berkenaan memberi gambaran kesan yang tidak baik kepada parti dan juga Islam itu sendiri.
Hakikatnya, memang itulah yang diharapkan. Semoga tindakan yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu diterima. Tapi, Pengkhianatan yang dilakukan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh PAS sebelum ini jangan harap orang akan lupa begitu sahaja!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.