KESIAN! Nampak gayanya tekanan demi tekanan terpaksa ditanggung oleh Si Menteri Besar Cap Ayam ni. Semuanya ekoran ke-GAGAL-an dia menonjolkan kepimpinan yang berwibawa.
Walaupun Si Menteri Besar Cap Ayam tu cuba mengelakkan diri dari sebarang kontroversi yang tidak diingini, namun hakikatnya perkara sedemikian rupa tetap juga menghantui diri dia.
Satu persatu masalah timbul. Bermula dari isu berkaitan dengan pembekalan air bersih sehingga ke isu penubuhan syarikat RM 2 ringgit yang menguasai Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion tu.
Sekarang, isu yang berkaitan dengan perbalahan diantara PAS dan DAPigs kembali menghantui dirinya. Walaupun isu tu takde kaitan secara lansung dengan dia, tapi ianya masalah yang perlu ditangani.
Hakikatnya, semua orang tau yang Si Menteri Besar Cap Ayam tu sangat - sangat memerlukan sokongan dari PAS dan juga DAPigs untuk terus mengekalkan jawatan yang disandang pada ketika ini.
Jadi, nak tak nak Si Menteri Besar Cap Ayam tu sekarang ni benar - benar berada dalam dilema dan menjadikan keadaan dia cukup terdesak untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
Nak pulak bila puak - puak DAPigs tu tampil memberikan tekanan kepada dia untuk memilih siapa yang dia nak jadikan sekutu untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar. Penyudahnya, memang tak tidur malam la Si Menteri Besar Cap Ayam tu dibuatnya!!!
GEORGE TOWN: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali perlu menjelaskan kepada penyokong mengenai keputusan parti untuk bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Tambah beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah pun menggesa pengkritik 1Malaysia Development Berhad untuk menampilkan dua orang saksi untuk membuktikan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS berhubung perkara ini. Tetapi jika Azmin merasakan dia boleh bekerjasama dengan PAS, walaupun PAS sanggup menyokong Najib berhubung kontroversi 1MDB sekarang, terpulang kepada Azmin untuk membuat penjelasan kepada penyokongnya.
"Bagaimana parti-parti komponen dapat bersaing antara satu sama lain? Ini bukan tindakan kawan-kawan, tetapi lawan. Atas sebab ini kita tidak lagi boleh bekerjasama," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.