Halaman

Rabu, September 02, 2015

MUADZIN LAUNG AZAN DIGANTUNG KERJA!!!

Seorang Muadzin atau tukang azan di Mesir digantung daripada tugasnya selepas didakwa bertindak dengan  sengaja telah mengubah suai laungan azan subuh, lapor agensi Antarabangsa.

Tindakan diambil ke atas ulamak Mahmoud al-Moghazi selepas dia menggantikan seruan azan “solat lebih baik daripada tidur” kepada “solat lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook”.

Menurut laporan BBC, jemaah di bandar Kafr al-Dawar yang marah dengan perbuatannya kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa. Ekoran itu, dia digantung tugas sementara siasatan dilakukan.

Dia bagaimanapun mengancam akan melakukan mogok lapar dan merayu Presiden Mesri, Abdel Fattah al Sisi menarik balik keputusan yang telah dibuat terhadap dirinya sebelum ini.

Dalam sebuah rancangan televisyen yang telah disiarkan pada hari Ahad lepas, salah seorang jemaah di Masjid berkenaan menuduh al Moghozi sebagai mengamalkan ajaran yang menyeleweng.

Namun dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Muadzin tersebut ada betulnya juga. Memang betul orang zaman sekarang ni lebih banyak mengabihkan masa dengan media sosial.

Sampai tahap ada yang melupakan benda lain termasuk menunaikan solat. Mungkin seruan yang dilakukan oleh Muadzin tersebut merujuk kepada ketaksuban manusia zaman sekarang.

Malah lebih teruk ialah apabila saluran media sosial tersebut digunakan untuk mengelirukan orang ramai dan menimbulkan huru hara dengan fitnah yang tidak dapat dibendung.

Walaubagaimana pun, tindakan dia mengubahkan seruan azan itu adalah tidak betul kerana ianya jelas terpesong dari seruan yang asal biarpun hakikatnya, masyarakat hari ini memang lalai dari menunaikan tanggungjawab mereka sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Solat itu lebih baik dari u tube. U can c me at the zoo.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.