Halaman

Sabtu, September 12, 2015

PARTI SEKUTU DAPigs KEKAL MEMERINTAH!!!

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura yang menyaksikan pertandingan dalam semua kerusi Parlimen dalam sejarah republik itu.

Parti yang telah memerintah Singapura sejak 1959 itu telah memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen dalam PRU hari ini untuk meneruskan kepimpinan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, pembangkang, Parti Pekerja (WP) pula mempertahankan enam kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya lepas pada 2011.

Ia juga ialah pilihan raya umum yang pertama selepas kematian Perdana Menteri Pengasas, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia ketika berusia 91 tahun pada 23 Mac lepas. Setakat pukul 1 pagi Sabtu, lebih dua juta undi telah dikira.

Parti yang diketuai Perdana Menteri, Lee Hsien Loong telah memerintah republik itu selama 56 tahun dan memenangi 80 daripada 87 kerusi pada PRU lalu. Parti pembangkang utama, Parti Pekerja (WP) hilang satu daripada tujuh kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

Lee yang mengetuai enam ahli pasukan PAP, meraih kemenangan besar di daerah Ang Mo Kio. Pasukannya memperoleh hampir 79 peratus undi di daerah terbabit, meningkat 69 peratus berbanding 2011.
“Kami amat bersyukur dan gembira, tetapi pada masa, kami rendah diri dengan keputusan ini, berdasarkan kepercayaan yang anda berikan kepada kami dan tanggungjawab yang perlu kami pikul untuk berkhidmat kepada anda dan menjaga kepentingan anda,” katanya di hadapan penyokongnya.
Bagi pilihan raya umum 2015, calon dari sembilan parti politik termasuk PAP (89 kerusi bertanding), bersaing bagi 16 kerusi Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) dan 13 Kerusi Pilihan Raya Kerusi Tunggal (SMC) untuk mengisi 89 kerusi Parlimen. 

Lapan lagi parti ialah WP (28 kerusi), Parti Rakyat Singapura (SPP) (8), Parti Demokratik Singapura (11), Parti Perpaduan Nasional (12), Perikatan Demokratik Singapura (6), Parti Reformasi (11), Parti Warga Diutamakan (10) dan Parti Kuasa Rakyat (4).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.