Halaman

Rabu, September 09, 2015

"RAJA STADIUM RUNTUH" MASIH BERPOLEMIK!!!

Heh! Nasib korang la dapat Ahli Parlimen macam dia ni. Dulu masa dia tawar diri untuk menjadi wakil korang pun, orang lain dah nampak tujuan asal dia bukan demi kepentingan parti.

Tapi sebaliknya, hanya atas dasar kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je yang dilihat mempunyai dendam kesumat terhadap pihak Kerajaan Negeri. Itu je tujuan dia menjadi wakil.

Jadi, tak mustahil jika sehingga hari ini dia masih lagi enggan menuruti tuntutan yang dibuat oleh parti bagi melepaskan jawatan yang disandangnya. Tidak sekarang, dan mungkin tidak selama - lamanya.

Lagi pun, orang dah sedap dapat jawatan beb. Bukan senang dia nak lepaskan begitu sahaja dengan alasan nak menghormati parti atau pun demi menjaga kebajikan rakyat yang diwakilinya. Jadi, meroyan ka korang sepuas - puasnya. Yang pasti, dia takkan letak jawatan!!!
KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diminta tidak berdolak-dalik sebaliknya melepaskan jawatan segera bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat berkata, Raja Kamarul tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengosongkan sahaja kerusi parlimen Kuala Terengganu yang dimenanginya sebelum ini dengan menggunakan lambang PAS.
"Sebagai seorang pemimpin dan ahli Parlimen, dia bukan hanya bertangungjawab kepada Parlimen tetapi dia juga bertanggungjawab kepada rakyat dan juga parti. Itu tiga perkara yang perlu diambil dan dia tidak perlu menyalahkan ahli Parlimen negeri Terengganu yang lain."
Menurut Saiful, PAS sudah pun mengerakkan jentera bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan parlimen itu.


Jelas Saiful lagi, Raja Kamarul sudah melanggar bai'ah ketika menjadi calon dan keahliannya sebagai ahli PAS telah digugurkan apabila menyertai Parti Amanah Negara yang dipimpin Mohamad Sabu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.