Heh! Nampak gayanya tak serik lagi Ahli Parlimen PAS ni diumumkan bercerai talak tiga dengan isteri mereka akibat Sumpah Bai'Ah yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.
Jika sebelum ini, Si Hatta Ramli tu diumumkan oleh pihak mahkamah, jatuh cerai talak tiga dengan isteri kerana meninggalkan parti dan menyertai parti yang diketuai oleh Si Mat Sabu.
Kali ini gilirian Ahli Parlimen Tumpat pulak mengikut jejak langkah Si Hatta Ramli dan menyertai Parti Keluarga Rosak pimpinan isteri Si Ketua Penipu tu. Turut serta ialah Si Mat Tyson.
Susulan perpecahan PAS dalam pakatan pembangkang, Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaffar mengumumkan keluar daripada parti Islam itu bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tindakan Kamaruddin itu sekaligus menyaksikan PAS kehilangan seorang lagi Ahli Parlimen. Penyertaan Kamaruddin sebagai ahli PKR telah diumumkan oleh Presiden PKR, Wan Azizah.
Turut diumumkan menyertai PKR ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Tyson yang sebelum ini juga merupakan salah seorang ahli PAS.
Tapi, Si Mat Taib tu kita tak heran sangat la sebab sekarang ni dia hanya sekadar mencari tempat untuk dia bergantung sementara menunggu usia tua. Tu pasal la dia ganti tempat Ibrahim Ali, melompat sana sini.
Sebelum ini, PAS kehilangan 10 wakil rakyat apabila apabila lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka gugur keahlian secara automatik selepas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Serdang).
Selain itu lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Kalau jatuh talak tiga, Mat Sabu jadi Cina buta. Dia ni blukang, sapu semua dan keliling. Dia orang mesti bagi Mat Sabu, ambil berkat.
BalasPadam