Halaman

Khamis, September 10, 2015

UMNO PERLU BUANG PEMIMPIN ANARKI!!!

Rasanya, semua pihak, terutama ahli UMNO mampu menarik nafas lega buat seketika apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi semalam berakhir tanpa sebarang kontroversi yang tidak diingini.

Walaupun tidak ada sebarang penyingkiran dibuat terhadap tujuh orang pemimpin yang sebelum ini digembar - gemburkan bakal menghadapi pengguguran keahlian, namun UMNO masih belum selamat.

Bagi sesetengah pihak, ramai yang berpendapat UMNO perlu mengambil tindakan agresif dengan menyingkirkan beberapa orang individu yang kini dilihat sebagai liabiliti terhadap parti.

Salah seorang yang perlu disingkirkan dari UMNO ialah Bekas Pak Timbalan Menteri ni. Apa gunanya UMNO masih lagi mengekalkan keahlian dia sedangkan dia menjadi duri dalam daging?

Dengan tindakan - tindakan yang dilakukan semenjak kehilangan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana tewas kepada wakil PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, makin meroyan pulak dia dibuatnya.

Ditambah pulak dengan kekecewaan apabila dia GAGAL untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sekali gus membuatkan Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu hilang akal.

Pada Hakikatnya, budaya Politik Baru yang dibawa oleh Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu perlu dibuang dari terus menjadi salah satu cabang pemikiran UMNO diperingkat akar umbi.

Bahkan ideologi Anarki yang dibawa oleh Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu ternyata hanya akan merugikan perjuangan orang Melayu dan mampu membawa kebinasaan dimasa akan datang.

Pada pendapat Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu, hanya dia je yang mampu untuk menyelesaikan masalah yang ada pada ketika ini. Orang lain tak mampu nak buat macam mana yang dia buat.

Sedangkan realitinya, dia sendiri tak dapat nak selesaikan masalah yang dia hadapi. Jika tidak, mana mungkin dia boleh mengalami dua keGAGALan Besar dalam karier Politik dia sebelum ini?

Nak mengharapkan Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu jadi macam Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Shafie Afdal? Jangan mimpi la!!! Jauh bezanya, ibarat 'Bumi dengan Langit'!

Kalau kita tengok pendirian Si Bekas Pak Timbalan Menteri tu hari ini pun, dia tak mampu nak bawak sebarang impak Positif kepada parti. Sebaliknya dia buat orang makin menyampah.

Jadi, tak payah la UMNO nak tunjuk lembik tengkuk sangat dengan Si Bekas Pak Timbalan Menteri ni. Orang macam dia baik buang je dari parti. Ada pun tak memberikan sebarang faedah, kalau dia takde pun lagi Baik!!! Buang masa je simpan orang macam dia tu!!!

1 ulasan:

  1. UMNO Kedah perlu buat Undi Tidak Percaya terhadap Anak Bapak Mukhriz ...Bodoh banggang MB kedah nieh.. menyampah aku tengok

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.