Halaman

Rabu, Oktober 21, 2015

KES TOL PUN TAK SELESAI, DIA KANTOI MENGHASUT PULAK!!!

Kalau dah namanya pemimpin dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu, memang perangai pun sama Haprak jugak la dengan tuannya. Kerjanya tak pernah nak dibuat untuk rakyat.

Jika sebelum ini, Si Sivarasa tu pernah kantoi pasal isu kenaikkan kadar tol yang membuatkan dia hanya sekadar berdiam diri apabila syarikat konsesi yang dia miliki juga terlibat.


Lepas ada orang buat pendedahan mengenai perkara tu, baru la Si Sivarasa ni nak meroyan tak tentu arah dan menyalak menyalahkan Kerajaan kononnya mereka yang keluarkan arahan.

Walhal, selama hari ini pun yang dok main wayang mintak Kerajaan hentikan pemberian pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya bukannya orang lain. Sebaliknya puak - puak Pakatan tu jugak.

Kali ini, Si Sivarasa ni katanya telah didakwa kerana cuba menghasut rakyat dalam satu perhimpunan Haram yang telah diadakan di Ibu Negara. Katanya, perhimpunan tu tak dapat sambutan.

Dari laporan yang didedahkan, Si Sivarasa tu didakwa telah cuba untuk menghasut rakyat agar membenci pihak Kerajaan dan memburukkan sistem kehakiman Negara kerana memenjarakan Si Ketua Penipu tu.

Huh! Balik - balik Si Ketua Penipu tu jugak yang diperjuangkan. Yang pasal hak rakyat, tak nak pulak dia buat perhimpunan. Sebaliknya, dia cuma setakat main wayang je nak turunkan kadar tol.

Kenapa dia tak buat perhimpunan didepan syarikat yang dia miliki sendiri dan mendesak agar mereka turunkan kadar tol jika benar dia kata dia tak tau yang syarikat terbabit menaikkan kadar tol tersebut?

Dan apa jadi pada tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu terhadap dua syarikat konsesi tol yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor sebelum ini? Dah turun kadar tol ke belum?

Atau, adakah Si Menteri Besar tu pun setakat main wayang jugak dengan mengeluarkan arahan supaya syarikat berkenaan menurunkan kadar tol mereka? Kalau setakat pandai memburukkan orang lain sedangkan diri sendiri pun macam Haramjadah, baik tak payah!!!
KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada perhimpunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini Mac lepas.

Sivarasa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Mustapha.


Tertuduh didakwa menyebut beberapa perkataan menghasut dengan mengkritik badan kehakiman dalam kes membabitkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. Dulu kelambu dibakar apabila digigit nyamuk kerana kelambu milik orang lain tetapi sekarang meskipun digigit nyamuk yang sama tetapi dek kerana dah ada kelambu sendiri masakan nak bakar kelambu berkenaan, rugi ler...kah, kah, kah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.