Halaman

Rabu, Mac 02, 2016

PAS SIFATKAN PERJUANGAN TUN "PERIBADI"!!!

PAS menegaskan parti itu tidak berminat menyertai perjuangan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, Mahathir marahkan Najib kerana didakwa sedang mengukuhkan kepentingan peribadinya dalam UMNO walhal Mahathir sendiri berjuang menentang Najib demi kepentingan peribadinya.
“Dia (Mahathir) sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi. Persoalannya ialah, jika ini asas tindakan Mahathir maka apakah gerakannya wajar disokong?
“Suka saya sarankan kepada semua pihak agar tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan media yang ditujukan kepada ahli dan penyokong PAS hari ini.
Nasrudin dalam pada itu mengingatkan ahli dan para penyokong PAS bahawa Mahathir mahu menjatuhkan Najib bagi menaikkan orang pilihannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun, katanya, beliau tidak tidak yakin Mahahtir akan bertahan lama menyokong Muhyidin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebab Mahathir mempunyai rekod menentang orang pilihannya sendiri.

Katanya, Mahathir pada tahun 1969 pernah dipecat dari UMNO kerana menentang bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan kembali kepada UMNO apabila era Tunku Abdul Rahman berakhir.

Tambahnya, pada tahun 2008 Mahathir umum keluar UMNO kerana tidak berpuas hati dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan kembali semula kepada UMNO selepas berjaya menjatuhkan Abdullah.
“Pada tahun 2016 beliau keluar lagi UMNO dan kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Najib orang pilihannya sendiri sewaktu menggantikan Abdullah.
“Perjuangan kita bukan hanya untuk dunia kita bahkan kita perlu merancang untuk akhirat kita yang selamat dan bebas dari murka Allah S.W.T,” jelas Nasrudin.
Mahathir kelmarin mengumumkan keluar UMNO iaitu strategi yang sering digunakan beliau untuk menjatuhkan mana-mana Presiden UMNO yang enggan patuh pada kehendak dan permintaannya.

6 ulasan:

  1. hrp dr m dok diam2 dan muhasabah diri krn umur pun dah bnyk. lebih baik tumpu kerja kebajikan utk msyrkat yg tidak ada kaitan politik.

    BalasPadam
  2. PAS PIS PUS , kenapa lah kau bangang sangat? Orang satu dumia dah tahu mengapa Tun M menentang PM.Ni kau kata masaalah peribadi lah.Inilah akibat bila cahaya matahari tak kena kepala,otak jadi beku dan kepala jadi busuk dek serban berjela2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Otak siapa yg bangang...cara percakapan u dah menampakkan yg u ni seorg yg jumud minda...kesian anak siapa la ni..cermin diri dulu sblm mempersendakan pemakaian serban org..ingat..Pembaladan ALLAH maha hebat..selagi u tidak mohon maaf pd dia...btw..berapa TM bayar u bulan2 untuk memaki org..dia dah tentu kaya raya..u apa ada...otak kayu

      Padam
  3. Bykkan beramal untuk sisa sisa hidup. Semoga Tun tergolong dalam golongan org yg soleh.

    BalasPadam
  4. Betul tu..TM muhasabah diri..anak menantu dan cucu semua jutawan belaka..umur dah senja ni eloklah banyakkan amal ibadat dan kerja2 amal. Your time are over...duk diam2...menyimpan dendam adalah amalan syaitan...TM...u nak apa lagi...

    BalasPadam
  5. Ramai orang dah mula tahu kekecohon fitnah dan pembohongan terhadap Najib adalah adu domba Mahathir. Alhamdulillah, PAS pun dah terjaga dari segala pembohongan dan fitnah. Macam2 Mahathir spin pasal 1MDB dan derma 2.6B Yang kesiannya ramai yang tidak sedar dan masih percaya supaya mereka boleh mengumpul dosa2 yang banyak untuk bekalan diakhirat nanti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.