Halaman

Jumaat, Mac 04, 2016

PKR MASIH BELUM AMPUNKAN DOSA TUN MAHATHIR!!!

Heh! Seperti yang kita sudah jangka. Takkan semudah itu puak - puak Pentaksub PKR ni akan dengan mudah memaafkan Tun Mahathir diatas segala tindakan yang pernah dilakukannya.

Nak pulak bagi mereka yang memang Totok menyokong Si Ketua Penipu tu sejak tahun 1998. Tak mungkin diorang dengan sebegitu mudah dapat mengampunkan dosa Tun yang lalu.

Hakikatnya mereka sendiri sedar apa yang telah dilakukan Tun terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini yang mereka anggap 'Zalim'. Maka sebab itu diorang labelkan Tun sebagai 'Maha-Zalim'.

Bahkan bagi mereka, tindakan Tun yang memecat Si Ketua Penipu tu dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan Meliwat juga turut dianggap mengaibkan Ketua Umum PKR tu sendiri.

Jadi, bagaimana mungkin puak - puak PKR tu boleh mengampunkan dosa yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap pemimpin yang diagung - agungkan oleh mereka?

Maka apa yang jelas, tindakan puak - puak PKR yang dilihat cuba berbaik - baik dengan Tun dan melamar Tun untuk menyertai mereka sebelum ini hanya sekadar satu langkah RETORIK semata - mata.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, puak - puak Pakatan Haprak tu hanya bersetuju untuk bersama - sama dengan Tun bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional tumbang.
"Pembangkang dan Dr Mahathir hanya berkongsi agenda yang sama - untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatannya.

"Namun ini tidak bermakna melepaskan Dr Mahathir daripada penyalahgunaan kuasa dan salah laku, termasuk gagal mengurus ekonomi dengan baik" katanya.
Realitinya, puak - puak Pakatan Haprak tu bukan sahaja mahu menjatuhkan Perdana Menteri tetapi mereka mahu memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi memegang tampuk kuasa. Bukannya hanya mahu Perdana Menteri letak jawatan!!!

2 ulasan:

  1. sanggup ke jilat ludah

    BalasPadam
  2. Aku penyokong UMNO dari Dahulu dan selamanya. Aku tidak menyokong saorang individu yang bernama Najib. Engkau faham tak!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.