Halaman

Jumaat, Mei 20, 2016

AZMIN HINA HADI AWANG, KENANG BUDI SUNGGUH!!!

Wow! Hebat betul cara Si Menteri Besar Selangor ni 'Kenang Budi' yang pernah ditaburkan oleh Presiden PAS dengan cara menyindir Si Hadi Awang tu secara terang - terangan dalam media.

Dalam kenyataan yang dibuat baru - baru ini, Si Menteri Besar Selangor tu menyindir seolah - olah melabelkan Hadi Awang ni seorang yang tak tau lansung perkembangan parti sendiri.

Kata Si Menteri Besar Selangor tu, dia dah dua tiga kali bertemu dengan wakil dari parti PAS bagi mengadakan rundingan berhubung isu calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.
"Saya telah bertemu dua kali dengan pimpinan tinggi PAS. Semalam saya ada perjumpaan dengan pemimpin tertinggi AMANAH. Ia berjalan dengan baik dan positif. Saya juga telah berbincang dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) politik utama negara.
"Saya juga bertemu dengan ketua menteri Pulau Pinang dan perbincangan cukup positif. Jadi, saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada presiden," kata Azmin.
Soal sama ada Si Azmin tu ada jumpa wakil dari kalangan PAS tu bukan menjadi isu utama. Soalnya sekarang, adakah PAS akan akur dengan keputusan yang dibuat dalam pertemuan tersebut?

Itu persoalan utama yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat pada ketika ini. Dan yang paling orang ramai nak tau, apa keputusan yang telah dicapai dalam sesi perjumpaan tersebut?

Adakah wakil PAS tu bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu dan adakah diorang akan akur dengan cadangan yang diberikan? Itu persoalannya.

Apa yang jelas, tindakan Si Azmin tu menyindir Hadi Awang sedemikian rupa boleh dianggap sebagai satu penghinaan yang cukup besar kepada Presiden PAS itu secara terbuka.

Hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor tu cuba nak menafikan kebenaran bahawa PAS tidak mungkin akan tunduk dan memberikan ruang kepada PAN untuk bertanding. Begitu juga sebaliknya.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Si Azmin tu hanya sekadar nak memalukan Hadi Awang dan cuba nak mengambarkan dirinya seolah - olah macam dia 'In Control of Everything'.

Tapi malangnya, Si Azmin tu sendiri perlu mengakui bahawa sehingga hari ini dia masih GAGAL untuk mengawal keadaan kerana terlalu Ghairah nak suruh semua orang tunduk pada dia sehinggakan benda yang ada depan mata pun dia tak nampak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.