Halaman

Isnin, Mei 23, 2016

BERAPA KALI AZMIN NAK "PIJAK KEPALA" WAN AZIZAH!!!

Perbalahan dan konflik dalaman PKR kini dilihat semakin ketara. Beberapa tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden parti itu mula kelihatan 'menggerhanakan' kepimpinan Presiden. 

Azmin sudah banyak kali dilihat membelakangi Presiden dalam membuat beberapa keputusan bagi pihak parti itu. Terutama sekali dalam isu calon PKR sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak awal Mei lalu. 

Azmin dikatakan telah menulis kepada SPR bagi mengesahkan bahawa Pengerusi PKR Sarawak telah 'diperturunkan kuasa' untuk mengeluarkan watikah melantik calon-calon PKR.

Tindakan yang dilakukan itu secara tidak lansung mengabsahkan kuasa Baru Bian untuk melantik calon PKR bertanding di Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum, dan Batu Kitang. 

Walhal Azmin hanya diutus oleh Presiden PKR untuk menyelesaikan tuntutan akar umbi yang mahu calon PKR bertanding kerusi berkenaan dan mengelakkan pertembungan menentang calon DAPigs.

Pada ketika itu, Azmin dikatakan telah membuat keputusan secara unilateral. Dan sekaligus Tindakannya itu menjadi punca PKR dan DAPigs kalah keenam-enam kerusi berkenaan kepada BN. 

Dan yang terkini, Azmin juga dikatakan telah mengambil inisiatif sendiri, mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin kanan PAS berhubung isu calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar. 

Meskipun PAS tidak bersetuju, tindakan Azmin yang cuba 'menutup kelemahannya' dalam PRN Sarawak itu tetap dianggap melanggar protokol parti kerana tidak merujuk Biro Politik yang dipengerusikan Presiden. 

Tidak cukup setakat itu sahaja. Pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin terhadap Wan Azizah cukup ketara apabila dia memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap deklarasi Tun Mahathir.

Umum mengetahui bahawa Wan Azizah dan keluarganya tetap menolak sebarang kerjasama dengan Bekas Perdana Menteri itu kerana menganggap dia sebagai 'Penzalim' terhadap mereka.

Namun, simpati terhadap keluarga Wan Azizah itu dilihat sudah semakin lenyap meskipun tindakan Azmin menyokong deklarasi Tun Mahathir itu mendapat teguran secara terbuka Ketua De Facto PKR.
"Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelami kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut di sini," keluh Anwar.
Maka sekarang sudah terbukti bahawa tindakan Azmin ni sama seperti 'Memijak Kepala' Wan Azizah selaku Presiden PKR. Persoalannya, adakah Si Azmin tu sudah hilang rasa hormat terhadap Wan Azizah dan merasa dirinya sudah 'Besar Kepala'???

1 ulasan:

  1. Boy bo boi ada, bukan saja kepala wan azizah, kepala haji hadi, kepala guan eng min pijak...kecuali kepala mad sabu sebab dia ada mikekeropon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.