Kalau ikut definasi yang diberikan oleh Si Nurul Izzah serta kaum keluarga Si Ketua Penipu tu, Kerajaan Barisan Nasional ni cukup 'Kejam dan Zalim' terhadap seorang banduan tua bangka.
Malah mereka seringkali membuat dakwaan kononnya Si Ketua Penipu tu tidak diberikan layanan yang sepatutnya sehingga menyebabkan dia bertambah sakit tenat meringkuk dalam penjara.
Si Nurul Izzah dan kaum keluarganya juga turut menuduh Kerajaan Barisan Nasional ni berat sebelah dan menganiayai Si Ketua Penipu tu sepanjang dia menjalankan hukuman penjara.
Mereka kata, pihak Jabatan Penjara tidak memberikan rawatan yang sewajarnya kepada Si Ketua Penipu tu yang sering mengadu kata dia selalu sakit belakang sebab tidur atas tilam yang nipis.
Semua dakwaan dan tuduhan yang dilempatkan itu seolah - olah nak memberi gambaran kononnya Kerajaan Barisan Nasional ni menafikan Hak Asasi Manusia kepada seorang tahanan.
Tapi realitinya, Si Ketua Penipu tu bukan sahaja mendapat layanan yang cukup istimewa dari pihak Jabatan Penjara serta Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi dia juga diberi kebebasan melampau!!!
Mana ada banduan lain yang diberikan keistimewaan macam Si Ketua Penipu tu, dapat duduk dibilik berasingan, tidur atas tilam empuk dan diberikan pelbagai macam lagi layanan yang lain.
Tak pernah lagi kita dengar ada mana - mana banduan boleh keluar masuk penjara sesuka hati mereka dengan diiringi oleh berpuluh - puluh orang pegawai hanya semata - mata nak melawat anak sakit di hospital.
Dan tak pernah jugak kita dengar ada banduan yang diberikan kebenaran memakai baju biasa sewaktu keluar menziarahi kaum keluarganya yang meninggal dunia. Kot itu pun masih dianggap zalim, tak tau la kita nak kata apa lagi. Nampak sangat la semua tu hanya wayang diorang semata - mata!!!
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menghadiri majlis pengebumian adik perempuan bongsunya, Rehan Ibrahim di Bandar Baru Bangi.
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh diiringi pegawai penjara dari Hospital Kuala Lumpur, lokasi beliau menerima rawatan tekanan darah tinggi.
Isteri beliau yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rehan meninggal dunia di Teras Jernang dan Anwar dihantar ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada adiknya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.