Aduhai!!! Kenapa la dalam PKR tu ada 'Budak Ketot' yang pendek akal ni ek? Macam mana la ahli PKR boleh pilih dia menjadi pemimpin diorang? Dah ketandusan pemimpin sangat ke PKR ni?
Kepada mereka yang menjadi Pentaksub PKR dan suka baca blog ni, tolong la bagi nasihat pada 'Budak Ketot' ni supaya dia berhenti memalukan parti dengan ke-BODOH-an dia berpolitik.
Dah banyak kali dah orang kata, PAS dah tutup pintu rundingan dengan mana - mana pihak berhubung isu calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar 18 Jun nanti.
Tapi kenapa Si Sam Ketot ni masih lagi cuba nak 'Kencing' diri dia sendiri secara terang - terangan? Susah sangat ke Si Sam Ketot tu nak terima kenyataan bahawa PAS dah tak sudi dengar kata PKR?
Dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, Si Sam Ketot tu mendakwa, rundingan diantara PAS dan PKR masih lagi berjalan. Soal PAS nak letak calon tu masih belum diputuskan.
"Kami tidak akan mendedahkan hasil daripada rundingan tersebut. Tunggu mesyuaratnya dahulu," kata Ahli Parlimen Bukit Katil itu kepada para wartawan.
Mungkin Si Sam Ketot tu cuba merujuk kepada pendedahan yang dibuat semalam dimana pemimpin PKR sedang sibuk memujuk Datuk Dr. Haron Din masuk campur dalam isu calon tersebut.
Tapi lain pulak kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS yang dilihat senada dengan pendirian Presiden parti itu sebelum ini dimana mereka tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya tersebut.
Kata Nik Abduh, PAS sudah pun membuat keputusan mereka. Yang masih belum membuat keputusan hanya puak Pakatan Haprak tu sahaja dan menggambarkan bahawa ianya bukan urusan PAS.
"Tidak ada, rundingan sudah banyak hari habis. Cuma Pakatan Harapan (PH) tak buat keputusan mereka, itu urusan mereka," katanya kepada pemberita.
Sekaligus, kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Abduh tu membuktikan bahawa Si Sam Ketot ni memang tak boleh terima kenyataan. Tak cukup dia nak MENIPU rakyat, sekarang dia nak MENIPU diri dia sendiri pulak? Buat malu je PKR ada pemimpin 'Pendek Akal' macam ni!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.