Halaman

Selasa, Mei 31, 2016

PAK MENTERI JANGAN LA JADI "ORANG BUTA DALAM GELAP"!!!

Haduhai!!! Kesian pulak bila menengok gelagat beberapa orang Pak Menteri Kerajaan ni yang mudah sangat melatah dengan rentak tarian yang dimainkan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Senang betul diorang ni kena cucuk ye? Sekali cucuk je dah melompat tak tentu arah macam orang hilang arah tuju. Lemah sungguh mentaliti Politik Pak Menteri ni kalau begitu gayanya.

Kita ingatkan sebelum ini, yang sering kali memainkan isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud PAS tu hanya dikalangan puak DAPigs tu sahaja. Tak sangka pulak Pak Menteri boleh terpengaruh.

Sekarang, bila DAPigs sekali lagi membuat dakwaan menggunakan Kepala Lutut diorang mengenai Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah itu pun Pak Menteri boleh terikut - ikut jugak ye?

Hakikatnya, DAPigs merupakan pihak yang cuba nak kelirukan rakyat dengan menyebarkan dakyah pembohongan, mendakwa RUU yang dibentangkan oleh Hadi Awang tu sebagai Hukum Hudud.

Kiranya, bodoh sangat ke Politik Pak Menteri ni sehingga semudah itu diorang boleh terpengaruh dengan dakwaan serta dakyah pembohongan yang disebarkan oleh puak DAPigs tu sebelum ini?

Yang menjadi persoalan utamanya, sebelum Pak Menteri meroyan macam orang hilang akal ni, Pak Menteri dah rujuk dulu ke perkara tersebut terlebih dahulu kepada Perdana Menteri?

Sebelum Pak Menteri keluar buah ugut nak lepaskan jawatan dan sebagainya, ada tak Pak Menteri bincangkan perkara tersebut dengan kepimpinan dalam Barisan Nasional yang beragama Islam?

ATAU, adakah Pak Menteri ambik tindakan sesuka hati Pak Menteri tanpa merujuk kepada Perdana Menteri dan mendapatkan penjelasan yang jelas mengenai pembentangan RUU tersebut?

Kalau Pak Menteri setakat buat kesimpulan berdasarkan kepada dakwaan yang selama ini disebarkan oleh puak DAPigs yang menganggap RUU itu merupakan perlaksaan Hukum Hudud, nampak sangat la Pak Menteri ni macam 'Orang Buta Berjalan Dalam Gelap'!!!

1 ulasan:

  1. hrp najib tak lantik lgi menteri yg bodoh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.