Halaman

Khamis, Mei 19, 2016

PAS TAK BAGI PAN BERTANDING, KALAU PKR MACAM MANA???

Pertembungan 3 Penjuru PAS, PAN dan PKR semakin menjadi kenyataan!!!
Itu satu persoalan yang kini menjadi buah mulut dikalangan rakyat terutama disekitar kawasan Parlimen Sungai Besar pada ketika ini. Desas desus mengenai perkara itu kian menjadi hangat.

Jika kita baca kenyataan yang dikeluarkan PAS sebelum ini, mereka hanya tidak boleh menerima sekiranya parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu je bertanding dikawasan Parlimen tersebut.

Perkara itu kita boleh anggap logik memandangkan PAS dan parti KUALI yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu kini merupakan Musuh Utama yang perlu diperangi secara habis - habisan.

Malah kenyataan itu diperkuatkan lagi apabila Timbalan Presiden PAS sendiri menyatakan bahawa PAS tidak akan sesekali berunding dan memberi laluan kepada parti KUALI Si Mat Sabu tu bertanding.

Begitu juga dengan apa yang diluahkan oleh parti Si Mat Sabu dan rakan sekutu yang juga merupakan 'Abang Besar' mereka DAPigs berikrar tidak akan menyokong calon PAS dalam PRK itu kelak.

Tapi dari satu sudut, kita melihat kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu agak 'Optimis' untuk mengadakan rundingan agar pertembungan 3 penjuru tidak berlaku di Sungai Besar.

Dengar katanya, Si Menteri Besar Selangor tu sedang berusaha untuk memujuk kedua - dua belah pihak agar dapat berkompromi bagi memastikan pertembungan sesama pembangkang tidak berlaku.

Bagi sesetengah pihak, keadaan itu hanya dapat dicapai sekirany PKR meletakkan calon mereka dikawasan Parlimen Sungai Besar itu bagi menghadapi tentangan Satu Lawan Satu dengan Barisan Nasional.

Persoalannya, jika perkara itu berlaku, adakah PAS akan memberikan laluan kepada calon PKR sedangkan mereka anggap kerusi Parlimen Sungai Besar itu kerusi warisan mereka turun temurun?

Dan seandainya perkara itu benar - benar berlaku, tidakkah itu menunjukkan yang PAS masih lagi dikongkong oleh parti lain walhal sebelum ini mereka menganggap diri mereka sudah bebas?

Bagaimana pula dengan kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang sebelum ini yang menutup segala rundingan dan tetap bertegas untuk meletakkan calon PAS dikawasan Parlimen tersebut?

Adakah kenyataan itu hanya sekadar menjadi 'Penyedap Halwa Telinga' pengikut parti diperingkat akar umbi semata - mata? Berani ke PAS nak ambik tindakan yang sewajarnya dan membuktikan parti itu mempunyai kredibilitinya yang tersendiri??? Sama - sama kita nantikan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.