Halaman

Selasa, Mei 31, 2016

PKR BAKAL MAIN WAYANG "TERHEBAT' DALAM SEJARAH POLITIK!!!

Ya!!! Pentas Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan pada 18 Jun nanti akan menyaksikan 'Wayang Terhebat' dalam sejarah Politik Tanah Air yang akan dilakonkan oleh puak - puak PKR tu.

Nak pulak bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dimana PKR merupakan 'Kepala' kepada parti pemerintah Rejim Pakatan di Selangor dimana PAS sudah pun mengumumkan calon mereka.

Dan begitu juga dengan Pakatan Haprak tu yang sebelum ini telah sebulat suara membuat keputusan untuk meletakkan calon mereka dari parti KUALI Si Mat Sabu tu sebagai wakil mereka.

Tambah menghuru - harakan lagi keadaan, keputusan itu diumumkan sendiri oleh Presiden PKR dalam satu kenyataan media. Cuma sekarang, mereka menunggu masa je untuk umumkan calon.

Maka hampir sudah pasti, pertandingan 3 penjuru bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar itu akan menjadi kenyataan dengan penyertaan dari Barisan Nasional, PAS dan wakil dari Pakatan.

Mengulas mengenai isu tersebut, Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan mendakwa, pihak mereka mengambil sikap 'Tunggu dan Lihat' untuk melihat kecenderungan PKR.
"Kita akan tunggu dan lihat apa sahaja yang akan berlaku nanti, dan saya percaya PAS sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk berkempen sendirian," katanya.
Walaubagaimana pun, Nik Amar juga turut menegaskan bahawa pihak mereka tidak boleh terburu - buru untuk menggagak pihak mana yang akan disokong oleh kepimpinan PKR kelak.
"Saya tidak boleh jawab pihak mana yang akan dibantu PKR sepanjang tempoh berkempen dan sama ada PKR akan membantu PAS atau Amanah, ia masih belum jelas lagi," katanya.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa PAS semakin curiga dan was-was dengan permainan wayang Politik Retorik yang menjadi amalan dikalangan puak PKR ni. Dalam erti kata mudahnya, PKR ni parti yang 'Tak Boleh Dipercayai'!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.